Kesihatan

Kenapa Anda Jadi Moody Pada Waktu Pagi?

Wanista Newsdesk
/
Kenapa Anda Jadi Moody Pada Waktu Pagi?

Selalunya kita akan mengambil sedikit masa untuk betul-betul sedar selepas bangun dari tidur dan sepanjang tempoh itu, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan orang lain dan juga lebih cepat “naik angin”.

IKLAN

Menurut Dr. Allison G. Harvey, profesor psikologi di Universiti California, Berkeley, simptom ini dikaitkan dengan “sleep inertia” iaitu tempoh peralihan kepeningan yang biasanya berlaku dalam tempoh 15- 20 minit atau lebih selepas baru bangun tidur. 

Tempoh sleep inerta seseorang juga berbeza beza. Proses untuk betul-betul bangun dan sedar ini sebenarnya mengambil tempoh masa yang agak lama, malah lebih perlahan daripada proses untuk menyalakan lampu selepas suis dipetik.

Perasaan seperti ini juga tidak semestinya berpunca daripada kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti sahaja. Sikap lekas marah pada pagi hari ini juga boleh dikaitkan dengan rehat yang tidak mencukupi, keletihan dan hari yang tidak baik.

Menurut Dr. Alice D. Domar, Pengarah Eksekutif Domar Center for Mind/Body Health pula, jika gejala seperti ini hanya berlaku ketika hari Isnin hingga Jumaat, ia mungkin berpunca kerana anda tidak mendapat tidur yang cukup dan terpaksa bangun untuk pergi ke pejabat.

Selain itu, rutin harian yang berubah ( berehat pada Sabtu dan Ahad) mungkin meyebabkan pagi Isnin menjadi begitu ” berat” bagi kebanyakan orang.

Tips untuk mengurangkan tempoh sleep inertia:

  • Buka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk
  • Menggalakkan aktiviti waktu pagi seperti senaman dan interaksi dengan orang lain
  • Minum kopi atau teh
  • Mendengar muzik
  • Ambil Sarapan
  • Mandi atau cuci muka dengan air sejuk

Selamat Beramal!

RUJUKAN :1, 2,3

IKLAN