Anda alami keadaan seperti kulit kering, terasa ketat, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Kemungkinan anda miliki kulit jenis sensitif.
Kulit sensitif disebabkan faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor dalam seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon.
Nak merawat itu semua, produk tersohor Hada Labo ada penyelesaiannya. Perkenalkan Hada Labo+ ‘Sensitive Hydrating’!
Rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating
Produk baru ini merangkumi Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim – semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang menenangkan untuk menguat dan memulih kesimbangan dalam kulit.
- Melindungi – Mengandungi Lesitin, Squalane dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindungan untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.
- Menguat dan Merawat – Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicin, melembut dan menguatkan serta merawat kulit.
- Melega Kemerahan – Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.
Kesan Selepas 4 Jam Sahaja
Ini yang ramai tahu, berapa lama boleh nampak perubahan selepas pemakaian. Perubahan paling ketara dapat dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam menenangkan kemerahan. Yang pasti kulit anda kelihatan lebih sihat dan tiada rasa lagi sensitif seperti gatal-gatal dan kerengsaan.
Seperti yang diketahui, kesemua produk Hada Labo mengandungi Hyaluronic Acid yang terkenal dengan sifat kelembapan, menghidrat dan merawat. Ia adalah pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.
Berminat? Produk ini boleh didapati di semua Watsons.