Kesihatan

Benci Dengar Bunyi Orang Mengunyah Petanda Gangguan Psikiatri

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Benci Dengar Bunyi Orang Mengunyah Petanda Gangguan Psikiatri

Adakah kamu mudah berasa jengkel atau menyampah apabila mendengar bunyi bising seperti dengar bunyi tapak kasut, bunyi menyedut minuman, bunyi bisikan dan termasuklah bunyi keci seperti mengunyah makanan. Jika ya, ini bererti kamu mungkin menghadapi gangguan psikiatri!

IKLAN

Emosi sering tidak terkawal atau tidak seimbang tatkala mendengar bunyi-bunyi bising yang kuat atau kecil, akan membuatkan diri kamu berasa jengkel, menyampah, benci atau marah secara tiba-tiba, menunjukan diri kamu mempunyai masalah psikologi.

Mendengar bunyi-bunyi tersebut setiap hari mengakibatkan perubahan emosi, psikologi mental dan fizikal menunjukan bahawa diri kamu mengalami masalah otak yang tidak berfungsi dengan betul.

Apa Itu Misophonia

Foto – Metro

Masalah gangguan otak ini dikenali sebagai Misophonia. Misophonia merupakan masalah di mana pesakit akan mengalami gangguan psikiatri apabila mendengar sesetengah bunyi yang mampu mencetuskan gangguan emosi atau psikologi diri.

Individu yang memiliki penyakit misophonia ini mudah mengalami gangguan emosi yang tercetus dari bunyi oral, seperti bunyi mengunyah makanan, bunyi pernafasan yang kuat, bunyi klik pen, bunyi papan kekunci, bunyi ketukan dan pelbagai jenis bunyi yang lain.

Gangguan misophonia ini dikelaskan menerusi beberapa tahap, iaitu sederhana sehinggalah terlalu teruk. Berikut adalah tanda-tanda gangguan emosi dan psikologi yang dialami mengikut kelas.

Tahap Sederhana

  • Mudah panik
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa terdorong untuk melarikan diri
  • Rasa jijik

Tahap Teruk

IKLAN
  • Rasa marah yang membuak-buak
  • Rasa benci
  • Panik
  • Takut
  • Mengalami tekanan emosi
Foto – WCAI

Penyakit misophonia ini juga akan membentuk rasa anxiety apabila di cetus oleh bunyi-bunyi di restoran atau bunyi dari orang-orang sekeliling.

Dan ada juga gangguan yang tercetus dari segi visual, yang mana apabila kamu melihat sesuatu ia akan membuatkan kamu berasa jengkel atau tercabar lalu mengaktifkan gangguan misophonia yang dialami.

Rawat Misophonia Segera!

Foto – Misophonia International

Bukan mudah untuk mengenal pasti gangguan misophonia ini, lazimnya gejala ini boleh di lihat pada individu yang berusia dalam lingkungan antara 9 tahun hingga 13 tahun atau lebih, gangguan seperti ini biasanya terdapat pada wanita.

Malah doktor juga tidak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya misophonia, ia tidak bersangkut-paut dengan telinga atau pendengaran diri.

Sebaliknya ia lebih berkait rapat dengan masalah mental dan juga fizikal, di mana kesan bunyi tertentu memberi kesan pada otak lalu membuatkan is bertindak balas pada tubuh badan.

Kadang kala gangguan misophonia juga sering dikenal pasti kepada anxiety atau bipolar yang mana ia adalah telahan yang tidak betul.

Gangguan misophonia ini datang secara tiba-tiba dan ia juga akan melibatkan masalah kesihatan yang lain kepada diri kamu.

Foto – Hearing and Tinnitus Center

Untuk merawat gangguan misophonia ini, apa yang perlu kamu lakukan adalah menjalani terapi bunyi dan juga kaunseling.

Selain itu, kamu juga perlu ubah gaya hidup yang lebih baik seperti lakukan senaman secara harian, dapatkan waktu tidur yang mencukupi dan berkualiti serta kawal tekanan dengan bijak.

Kamu juga boleh memakai ear buds atau headset untuk elak dari dengar bunyi-bunyi yang mengganggu emosi dan psikologi mental.

Apa-apa pun, langkah yang terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan dan rawatan dari pihak hospital dan jalani pemeriksaan awal untuk mengawal gangguan misophonia yang dihadapi.

Ingin tahu sama ada kamu menghidap gangguan misophonia, klik sini [SINI] untuk ujian.

Rujukan: 1, 2, 3, 4