IKLAN
Info Menarik

Menakjubkan Warna Jari Gorila Sama Seperti Manusia!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Menakjubkan Warna Jari Gorila Sama Seperti Manusia!

Penemuan yang mengejutkan dan unik semasa menyambut ulangtahun kelahiran Anaka yang merupakan seekor anak gorila yang baru berusia 6 tahun di Zoo Atlanta. Semasa menyambut hari lahir gorila kecil ini, pekerja fasiliti zoo terbabit mengambil beberapa gambar Anaka dan kemudian memuat naik gambar tersebut di laman Facebook zoo tersebut.

IKLAN

Apa yang menarik adalah di dalam gambar tersebut, jari anak gorila ini kelihatan serupa seperti manusia biasa! Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut di laman Facebook Zoo Atlanta juga berasa terkejut dan teruja melihat warna jari anak gorila tersebut.

Warna Jari Sama Seperti Manusia!

Anaka seekor anak gorila yang berusia enam tahun ini mengejutkan ramai pihak, apabila mendapati warna jarinya memiliki warna yang sama seperti manusia biasa.

Kewujudan warna jari yang sama seperti manusia ini berlaku kerana anak gorila ini lahir dengan kekurangan jumlah warna pigmentasi yang sepatutnya diperlukan oleh seekor gorila normal. Melihat warna jari kemerah-merahan dan bentuk kuku jari yang juga sama seperti manusia ini menarik perhatian ramai.

 

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Sesiapa yang melihat keanehan ini pastinya akan berasa teruja melihat keistimewaan anak gorila ini dan dalam masa yang sama netizen juga tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir kepada anak gorila kecil yang baru saja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-6 tahun.

Foto – Arkib Wanista

Hebat betul ciptaan tuhan kan, pelik tapi benar. Apa-apa pun selamat hari lahir yang ke-6 tahun Anaka!

Rujukan 1, 2,