Tips

Pakai Lip Tint Bibir Kering, Tiru Trik Bea Alonzo Bagi Kekal Lembap

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Pakai Lip Tint Bibir Kering, Tiru Trik Bea Alonzo Bagi Kekal Lembap

Jika anda perasan selebriti korea lebih gemar memakai lip tint berbanding lipstick dan lip gloss, kerana mereka sukakan gaya yang semulajadi. Ada yang sukakan gaya mereka?

IKLAN

Apa itu lip tint? Cecair dengan warna pekat disapu pada bibir untuk mencipta ilusi kemerah-merahan bibir seperti gaya semulajadi. Warna ia tahan lama, selesa dibibir namun hati-hati jika anda mempunyai bibir kering. Ia cepat kering dan menyebabkan bibir mengelupas.

Foto – Pinterest

Baca : Bibir Ala Gadis Korea! Ini Cara Betul Nak Pakai ‘Lip Tint’

Nak mengelakkan itu semua, aktres popular Filipina Bea Alonzo yang gemar memakai lip tint kerana kemasan semulajadi berkongsi trik genius supaya lip tint kekal lembap seharian.

View this post on Instagram

Just ‘coz it’s FRIDAY ❤️

A post shared by bea alonzo (@beaalonzo) on

IKLAN

Di sini, Bea menambahkan lip gloss ke atas lip tint. Ia memberikan pandangan yang lebih dimensi, bibir kelihatan bercahaya yang seksi. Untuk memberikan bibir anda lebih warna, pilih gloss rona nude. Tetapi jika anda bukan penggemar lip gloss, lapiskan sahaja dengan balsam bibir, ia juga dapat memberi kesan yang sama.

Mudahkan? Hanya lip tint, gloss dan balm sahaja nak mendapatkan gaya solekan Korea ini.

RUJUKAN