Kesihatan

Stress Punca Kamu Susah Buang Air Besar?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Stress Punca Kamu Susah Buang Air Besar?

Masalah sukar membuang air besar sering kali dikaitkan dengan sistem pencernaan yang bermasalah tetapi pernah tak kamu terfikir bahawa gangguan stress atau tekanan juga boleh menyebabkan diri berasa susah untuk membuang air besar.

IKLAN

Rasanya kamu mesti pernah mengalami simptom seperti seolah-olah terdapat rama-rama dalam perut atau gut-wrenching anxiety yang menyebabkan rasa sakit perut teramat sangat.

Gejala-gejala sedemikian sebenarnya boleh menyebabkan kamu sukar untuk membuang air besar. Masalah panik dan sistem pencernaan saling bersangkut paut dan ia memberi kesan yang tidak bagus kepada diri jika kerap menghadapi masalah ini.

Foto – Health Central

Sistem Saraf Enterik

Foto – Wall Street International

Sistem saraf enterik merupakan bahagian yang menghasilkan serotonin dalam tubuh. Serotonin ini berfungsi membantu sistem penghadaman dengan melembutkan otot yang menyokong pergerakan makanan dalam kolon.

Semasa diri sedang menghadapi tekanan atau panik, hormon seperti cortisol, adrenalin dan serotonin akan dikeluarkan oleh otak. Apabila perkara ini berlaku, jumlah serotonin dalam usus meningkat lalu menyebabkan berlakunya kekejangan perut.

Kekejangan yang berlaku akan memberi kesan pada keseluruhan kolon, yang mana ia mampu membuatkan diri kamu mengalami masalah cirit-birit. Jika kekejangan ini berlaku pada satu bahagian sahaja, sistem pencernaan akan berhenti dan menyebabkan masalah sembelit.

Stess Punca Berlakunya Masalah Sembelit

Foto – JP

Apabila diri berada dalam tekanan proses sistem pencernaan akan bergerak secara perlahan, jika tekanan yang kamu alami berpanjangan dan lama maka simptom seperti sakit perut dan masalah sembelit boleh menjadi kronik dan serius.

Tekanan juga boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran gastrousus, lalu menyebabkan masalah sembelit dan keradangan semakin menjadi-jadi.

Masalah Lain Yang Boleh Berlaku Kerana Stress

Antara masalah kesihatan lain yang menyebabkan tekanan adalah Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan Inflammatory Bowel Disease (IBD).

IKLAN

Irritable Bowel Syndrome (Masalah Usus)

Foto – Wickhosp

Sehingga kini penyakit Irritable Bowel Syndrome (IBS) ini masih tidak dapat dikenalpasti dari manakah punca sebenar penyakit ini wujud, tetapi apa yang dapat dipastikan adalah masalah tekanan psikologi memainkan peranan dalam penyakit ini.

Tekanan juga boleh menyebabkan bakteria dalam saluran gastrousus tidak seimbang, ia juga dikenali sebagai dysbiosis yang mana menyumbang kepada masalah usus IBS ini.

Inflammatory Bowel Disease (Masalah Radang Usus)

Foto – Hopkins Medicine

Masalah radang usus atau Inflammatory Bowel Disease (IBD) ini merangkumi beberapa gejala penyakit radang kronik dalam saluran gastrousus, ini termasuklah penyakit Crohn dan penyakit kolitis ulseratif di mana dalam kajian review saintifik 2005 menemui bukti yang menunjukan bahawa tekanan bersangkut paut dengan penyakit ini.

Selain itu, masalah tekanan yang kronik, depresi dan masalah besar yang berlaku dalam kehidupan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah radang usus ini.

Bolehkah IBS Dan IBD Meningkatkan Masalah Anxiety

Foto – Allure

Kedua-dua penyakit ini tercetus kerana masalah tekanan diri yang dihadapi dan sesetengah pakar mempercayai bahawa individu yang menghadapi penyakit IBS mempunyai kolon yang bertindak balas terhadap perasaan panik yang melampau sehingga menyebabkan kekejangan pada otot, sakit perut dan sembelit.

Antara Masalah Utama Yang Dikaitkan Dengan IBS Adalah:

  • Kematian orang tersayang
  • Trauma masa kecil
  • Depresi
  • Anxiety

Apabila berlakunya perkara-perkara seperti ini, ia akan menyebabkan kolon yang dikawal oleh sistem saraf akan membuatkan kamu merasai depresi atau panik.

Indivdu yang mempunyai IBS atau IBD ini akan merasai rasa sakit yang lebih kuat berbanding individu yang tidak mempunyai penyakit ini, kerana otak akan menjadi reaktif terhadap isyarat sakit dari saluran gastrousus.

Ketahui Cara Merawat Yang Betul

Foto – Share Care

Apabila tekanan merupakan punca diri kamu menghidapi masalah sembelit yang kronik, kamu boleh lakukan perkara seperti di bawah untuk merawat masalah yang dihadapi.

  • Mengambil ubat pencuci perut dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan atau membuang kekerapan masalah sembelit yang dialami.
  • Yoga, senaman dan meditasi mungkin dapat membantu menghilangkan rasa tekanan yang dialami kamu.
  • Jalani terapi komunikasi dapat membantu mengawal perasaan anxiety dan depresi yang dialami.
  • Jalani kehidupan yang sihat dengan mengambil diet pemakanan yang seimbang dan dapatkan tidur yang mencukupi.
Foto – The Healthy

Jika kamu mengalami masalah tekanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kesukaran membuang air besar yang sangat teruk, disarankan agar kamu berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan dan khidmat nasihat yang betul.

Ingat jangan ambil sambil lewa dengan masalah sembelit yang kamu hadapi kerana ia boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit kronik yang lain.

Rujukan: 1, 2, 3,