Produk bibir ada pelbagai jenis – jenis lip matte, lip tint, lip balm, lip gloss, atau lip topper. Tapi gincu matte antara yang paling laris dalam mana-mana jenama kosmetik.
Kenapa ramai suka? Ianya gincu jenis tahan lama dan kekal di bibir walau dalam apa jua keadaan. Warna-warna pilihan dari gincu matte juga terdapat dalam pelbagai warna, dari warna gelap, merah sehinggalah ke nude.
Baca : Amalkan! 3 Tips Elak Bibir Kering Bila Pakai Gincu Matte
Dan dalam banyak-banyak jenama di pasaran, Maybelline paling mencuri perhatian penulis. Maybelline adalah salah satu daripada jenama yang team Wanista cari untuk produk mekap berpatutan. Maybelline menawarkan kedua-dua gaya klasik dan on-trend, yang menjadikannya mudah bagi wanita tempatan mendapatkan produk pilihan mereka.
Tapi hari ini, penulis ingin menumpukan perhatian kepada gincu matte rona nude yang menjadi kegilaan semua perempuan. Ini 7 yang menjadi favorite ramai..
Baca : Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je!
Maybelline miliki pelbagai koleksi untuk gincu bibir sahaja, tapi penulis sukakan rangkaian Maybelline Super Stay Matte Ink.
Formula jangka panjang sehingga 16 jam yang selesa dan kekal terletak di bibir. Bahkan tidak membuatkan bibir kering. Walaupun anda makan dan minum, gincu ini tetap kekal elok di bibir. Serius memang best pakai!
#1 Amazonian
#2 Seductress
#3 Fighter
#4 Poet
#5 Seeker
#6 Versatile
#7 Globetrotter
Best tentang rangkaian Super Stay Matte Ink tidak tertumpu kepada warna kulit cerah semata, tapi yang sawo matang dan gelap juga nampak cantik berseri. Yang penting pakai dengan penuh keyakinan!
Setiap satu koleksi Maybelline Super Stay Matte Ink hanya berharga RM29.52 sebatang. Boleh dapatkan di Guardian, Watsons, Aeon Wellness dan semua drugstores terpilih.