Apa perasaan kamu apabila melihat Al-Quran dibakar, banyak bangunan dan kubah-kubah masjid diratakan bagi menghilangkan identiti dan simbol Islam di kawasan tersebut. Manakala penduduk Islam di tindas dan dinafikan haknya ke atas tanah kelahiran sendiri. Pasti tidak terkata rasa sakit, sedih dan kecewa apabila diperlakukan sedemikian.
Itulah nasib masyarakat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang, China. Isu penindasan terhadap masyarakat Islam Uyghur semakin hari semakin panas dan bergolak di wilayah autonomi Xinjiang ini. Rasanya tidak terhitung jumlah siri kekejaman dan kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa China terhadap mereka.
Apakah motif di sebalik siri kekejaman dan penindasan yang dilakukan ke atas masyarakat Islam Uyghur di Xinjiang ini. Telesuri perjalanan perit yang di lalui oleh masyarakt Islam Uyghur di bawah.
Siapa Masyarakat Islam Uyghur
Pasti ramai yang menyangka etnik Uyghur ini adalah orang cina, tetapi sebenarnya bukan sama sekali. Mereka mempunyai etnik sendiri dan sangat rapat dengan bangsa Turki, istilah ‘Uyghur’ adalah bermaksud ‘kerjasama’ dalam bahasa Turki kuno. Sejarah mencatatkan sejak 17 ribu tahun dahulu telah wujud Empayar Uyghur di Daerah Mu.
Kaum Uyghur mula mendiami di bahagian timur Turkistan dari abad ke-8 selepas Masihi. Majoriti masyarakat Uyghur telah memeluk Islam pada tahun 1450 di mana pada waktu itu Sultan Sutuq Bughra Khan telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi wilayah pemerintahannya.
Kemudian pada sekitar tahun 1876, Dinasti Qing mula menjajah Turkistan Timur selepas Empayar Uyghur semakin lemah setelah 8 tahun berperang. Pada tahun 1884 Empayar Uyghur menjadi wilayah taklukan Manchu dan di tukar nama menjadi ‘Xinjiang’.
Tidak lama selepas penaklukan Manchu, pada tahun 1911 Parti Komunis atau Nasionalis China berjaya menjatuhkan Empayar Manchu dan Xinjiang jatuh ke tangan kerajaan China.
Bermulanya Peristiwa Gelap
Meski tanah air telah di jajah oleh dua kuasa besar pada ketika itu, bangsa Uyghur tidak pernah mengalah untuk bangkit cengkaman kuasa penjajah tetapi sayang kebangkitan tersebut telah ditumpaskan oleh pemerintah China dan kemudian menukar nama Turkistan Timur kepada Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (Xinjiang Uyghur Autonomous Region – XUAR).
Penukaran identiti secara paksa ini dilakukan ke atas bangsa Uyghur dan bayi mereka yang baru lahir tidak dibenarkan menggunakan nama-nama dengan ciri-ciri keislaman yang kuat. Dari sekatan terhadap nama bayi sehinggalah kepada tekanan dari aspek politik dan larangan yang tidak munasabah dilakukan ke atas orang Uyghur.
Jenis-Jenis Penindasan
Komuniti Uyghur yang merupakan penduduk asal Xinjiang ini, bukan saja kehilangan tanah asal, identiti mereka di tukar secara paksa, komuniti mereka di kawal dan terdapat kemasukan seramai-ramai kaum Han bagi mengurangkan jumlah majoriti penduduk asal orang Uyghur.
Berikut adalah siri penindasan dan penganiayan yang dilakukan ke atas masyarakat Islam Uyghur, Xinjiang.
- Ramai tokoh-tokoh terkenal Uyghur ditahan tanpa perikemanusiaan dan meninggal dunia dalam tahanan seperti Presiden Universiti Xinjiang (Tashpolat Teyip), bekas Presiden Hospital Universiti Perubatan Xinjiang (Halmurat Ghopur), penterjemah akademik (Muhammad Salih Hajim) dan ramai lagi tokoh di tahan dan meninggal dunia dalam tahanan.
- Seorang pemain skuad remaja China bernama Erfan Hezim yang berbangsa Uyghur di tahan kerana menjelajah ke luar negara dan kemudian di hantar ke sebuah kem ‘pusat pendidikan’.
- Lebih 2,000 masyarakat Islam uyghur diletakkan dalam pengawasan dan lebih 5,000 bakal disumbat dalam kem pemulihan
- Pelawak Uyghur terkenal, Adil Mijit di penjara tiga tahun kerana pergi ke Kota Mekah tanpa kebenaran pihak berkuasa.
- Masyarakat Uyghur di larang berpuasa, sembahyang, memakai hijab dan membela janggut.
- Remaja berusia 18 tahun ke bawah di larang datang ke masjid.
- Masyarakat Uyghur tidak dibenarkan menyimpan atau membaca Al-Quran. Jika tertangkap akan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 hingga 15 tahun.
- Mereka juga sukar untuk mendapatkan passport untuk keluar negara.
- Hak untuk belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat Universiti dinafikan.
- Masyarakat Islam Uyghur di layan seperti orang luar.
- Nama anak tidak dibenarkan ada unsur nama Islam seperti Hassan, Abdullah dan sebagainya kerana nama tersebut tidak dibenarkan dalam pendaftaran di sekolah.
- Pelbagai penyeksaan tanpa sebab lain yang telah dilakukan ke atas masyarakat Islam Uyghur.
Isu penindasan masyarakat Islam Uyghur di Xinjiang tidak boleh dibiarkan, umat Islam dari seluruh negara harus bangkit bersama-sama dan menyuarakan bantahan serta menentang kezaliman pemerintah China terhadap masyarakat Islam Uyghur di sana.