Kesihatan

Usus Bermasalah Punca Nafas Berbau Macam Telur Busuk

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Usus Bermasalah Punca Nafas Berbau Macam Telur Busuk

“Apalah nasib setiap kali membuka mulut untuk bercakap pasti akan keluar bau-bau yang tidak menyenangkan, nak kata tak berus gigi mustahil setiap hari gigi di gosok tapi tetap juga mulut dan nafas berbau! Bau macam telur busuk pun ada juga, tertekan dibuatnya kalau berterusan macam ini.”

Siapa saja yang memiliki masalah mulut dan nafas berbau seperti ini pastinya akan tertekan dengan keadaan sebegitu. Biarpun pelbagai cara telah dilakukan bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini, jadi di manakah silapnya adakah masalah nafas berbau ini berkait rapat dengan kesihatan diri.

Foto – Birmingham Mail

Menurut Berita Harian Online, nafas berbau ini sebenarnya berpunca daripada refluks asid. Refluks asid ini sepatutnya berada di dalam perut, jika refluks asid ini mula naik ke bahagian esofagus atau saluran makanan yang akan menyebabkan rasa pedih pada hulu hati dan kemudian naik ke tekak dan mengeluarkan bau busuk ketika sendawa atau bercakap. Menerusi gejala yang dihadapi, kamu mungkin menghidapi penyakit gastro-usus.

Selain itu, menurut perkongsian Konsultan Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Shanthi Palaniappan kepada BH Online, masalah nafas berbau juga di kaitkan dengan kehadiran bakteria di dalam perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).

Bakteria Helicobacter

Foto – India Today

Bakteria helicobacter ini akan mampu merosakan lapisan mukus yang melindungi perut dan duodenum, dan apabila perut terdedah dengan bakteria ini dalam tempoh jangka masa yang lama ia akan menyebabkan berlakukan penyakit gastrik dan ulser.

Tambahan lagi apabila bakteria ini tinggal dalam tempoh yang lama dalam perut ia akan menyebabkan diri berasa sakit perut.

Foto – Pinterest

Tapi ada juga kes yang di mana bakteria helicobacter ini tidak menunjukan sebarang tanda-tanda seperti di atas, namun kehadiran bakteria tersebut boleh di ketahui apabila mulut berbau dan perut menjadi kembung.

Bakteria helicobacter ini juga boleh menyebabkan kanser perut jika ia tidak di tangani sedari awal. Jadi jika kamu mempunyai masalah mulut dan nafas berbau, segera buat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan nasihat doktor.

Perkara Yang Boleh Mengakibatkan Nafas Atau Mulut Berbau

Selain bakteria helicobacter, terdapat pelbagai sebab atau punca yang mampu membuat nafas dan mulut berbau busuk. Kamu harus elak dari melakukan perkara yang di senaraikan di bawah agar nafas dan mulut tidak berbau seperti telur busuk!

IKLAN

#1 Kafein

Foto – Research Gate

Bagi yang kaki kopi, elakkan pengambilan kopi sebelum tidur kerana ia akan menyebabkan mulut menjadi kering sewaktu tidur lalu menjadikan mulut berbau busuk.

#2 Makanan Berbau

Foto – Procaffenation

Selain itu, pengambilan makanan yang berbau seperti petai, jering, durian, bawang putih, bawang merah atau minuman yang beralkohol juga akan menyebabkan nafas berbau busuk. Jadi elakkan atau kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan mulut dan nafas berbau busuk.

#3 Gigi Berlubang

Foto – Hartz Dental

Masalah gigi berlubang juga akan menyebabkan mulut dan nafas berbau busuk, ini adalah kerana apabila gigi berlubang sisa makanan akan berkumpul di dalam lubang gigi tersebut. Dan secara tidak langsung bakteria juga akan berkumpul di situ sehingga menyebabkan gigi menjadi rosak dan nafas berbau busuk.

#4 Tonsil, Ulser Mulut & Sakit Gusi

Foto – Bidadari

Masalah tonsil juga boleh menyebabkan mulut dan nafas berbau busuk. Selain itu, penyakit ulser dan sakit gusi juga menyebabkan berlaku masalah yang serupa. Jika diri kamu mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, ini bermakna kamu menghidapi masalah sakit gusi.

  • Gusi menjadi bengkak atau bernanah
  • Gusi mudah berdarah
  • Gusi menjadi goyang
  • Gusi sangat sensitif
  • Rasa sakit pada gigi apabila mengunyah
  • Terdapat plak dan karang gigi

#5 Merokok

Foto – CNBC

Amalan menghisap rokok juga boleh menyebabkan mulut berbau kerana tembakau akan membuatkan mulut menjadi kering.

Tangani Masalah Mulut Dan Nafas Berbau!

Untuk menangani masalah ini, ada beberapa cara yang boleh dilakukan antaranya adalah:

#1 Bersihkan Lidah

Foto – Iluminasi

Apabila kamu memberus gigi pada waktu pagi dan malam, bersihkan sekali lidah kamu dengan memberus lidah. Jangan ingat di gigi sahaja yang ada bakteria, lidah juga mempunyai banyak bakteria tersembunyi. Jadi berus lidah dengan lembut dan perlahan-lahan setiap hari.

#2 Banyakkan Minum Air Masak

Foto – Good News Network

Kamu juga harus kerap meminum air masak agar mulut kamu sentiasa dibasahi dengan air. Minum air secara kerap dapat merangsang pengeluaran air liur yang mana ia dapat membilas lebihan sisi makanan pada gigi dan melembabkan mulut.

Elak Makanan Dan Minuman Berbau

Kamu juga harus elak dari mengambil makanan atau minuman yang berbau, jika kamu mengambil makanan dan minuman yang berbau kamu harus menggunakan ubat kumur untuk menghilangkan bau tersebut.

#3 Buat Pemeriksaan Gigi Secara Berkala

Foto – Spirituality and Health

Apabila mengalami masalah mulut dan nafas berbau, kamu di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi dan dapatkan rawatan. Selain itu, kamu juga harus lakukan pemeriksaan gigi secara berkala seperti dua kali setahun atau sekali setahun bagi mengesan sebarang masalah dan mengatasinya sebelum menjadi teruk.

Jadi jika kamu mempunyai masalah nafas dan mulut berbau segera berjumpa dengan doktor gigi untuk dapatkan rawatan!

Rujukan: 1, 2, 3, 4,

IKLAN