Nak tanya anda tahu tentang “Vagina Towel”? Dan nak tanya lagi “ada ke orang guna tuala khas untuk mengeringkan vagina mereka?”
Itu pertanyaan penulis setelah membaca satu laporan Dailymail, yang menceritakan tentang bagaimana seorang wanita terkejut selepas mengetahui dia mengeringkan tangan dengan menggunakan tuala vagina bakal ibu mertuanya. Pelik tapi memang ada!
- Foto – Dailymail
Seorang wanita berkongsi cerita di Reddit berkata bahawa dia menggunakan tuala kecil untuk mengeringkan tangannya setelah menggunakan bilik mandi. Tapi selepas itu mendapati ia bukanlah digunakan sebagai tuala tangan tapi tuala untuk vagina, dan ianya milik ibu teman lelakinya.
Wanita tersebut tinggal di rumah ibu bapa teman lelaki sementara mereka keluar melancong. Apabila mereka tiba di rumah, terjadinya perbualan yang canggung ini.
“Saya katakan saya ada guna, maka dia secara terangan berkata bahawa dia guna di bahagian peribadinya. Saya memohon maaf serta-merta. Saya berasa sangat malu dan sedikit jijik dan saya fikir dia juga merasakannya, ” kata wanita itu kepada Reddit.
- Foto – Evekit
Cerita itu walau bagaimanapun mendapat reaksi yang keliru dari pembaca, yang tidak dapat memahami mengapa ibu teman lelaki wanita tersebut memerlukan tuala khas untuk bahagian peribadinya.
“I’ve had a vagina for almost 50 years, and have never heard of something like a person having a vagina towel”.
“Who has a specific towel for their junk….weird”
Betulkan penulis kalau silap tapi perlu ke guna tuala khas untuk vagina? Adakah ini sesuatu yang kita semua patut lakukan, tetapi kenapa baru sekarang kita tahu mengenainya? Adakah orang lain mempunyai tuala vagina? Adakah kita memerlukan tuala vagina?
Kalau ya, di mana mahu membelinya, atau mungkin dari fabrik lembut yang berkualiti. Kita sedia maklum bahagian sulit miliki lapisan kulit yang nipis jadi penggunaan fabrik penting untuk penjagaan bahagian bawah.
Tak perlu pening kepala, guna sahaja tuala biasa untuk mengeringkan keseluruhan anggota badan, it’s fine.