IKLAN
Tips - Kecantikan

Model Victoria’s Secret Dedah Trik Bibir Merah Alami, Guna Berus Gigi Je!

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Model Victoria’s Secret Dedah Trik Bibir Merah Alami, Guna Berus Gigi Je!

Pernah tak dengar atau lihat orang berus bibir?

IKLAN

Tahukah ini merupakan rahsia penjagaan bibir jelitawan Bollywood Katrina Kaif dan model Victoria’s Secret Josephine Skriver. Menurut mereka, teknik memberus bibir baik untuk membuang sel kulit mati dan meningkatkan aliran darah sekaligus memberi bibir merah secara alami.

Katrina Kaif. Foto – Pinkvilla

Tapi betul ke bagus untuk bibir? Tiada kesan sampingan jika dilakukan setiap hari? Bila ditanya pakar, ternyata cara ini perlu dielakkan. Kenapa…

  • Sikat gigi direka untuk gigi dan bulu-bulunya terlalu keras pada kulit bibir yang lembut dan nipis.
  • Bibir sangat sensitif. Berus tidak cukup lembut untuk menangani kulit halus di kawasan bibir.
  • Lupakan bibir, doktor gigi mengesyorkan orang untuk elak menggunakan berus gigi untuk membersihkan lidahnya kerana bakteria dari gigi sudah melekat.
  • Ia boleh menghapus lapisan dari bibir yang sebenarnya direka untuk melindungi.

Cara Terbaik Dan Lebih Sihat

Idea sepatutnya untuk menggosok bibir bukan dengan berus tetapi dengan jari. Pengelupasan bibir dengan cara yang betul boleh memberi anda bibir yang sihat serta merah idaman. 

Mengurut dan mengeluarkan kulit mati dari bibir setiap hari meningkatkan peredaran darah, ini membolehkan bibir kelihatan lebih sihat, penuh dan tebal.

Selamat Beramal.

RUJUKAN

IKLAN