Acara

Apa Yang Baru Di The LINC KL, Wanista Senaraikan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Apa Yang Baru Di The LINC KL, Wanista Senaraikan

The LINC KL semakin mendapat perhatian ramai orang dengan menjadi tempat lepak yang santai dan hipster. Bukan itu saja, di The LINC KL pengunjung di sambut dengan pelbagai tempat bergambar yang menarik dan sesuai untuk dikongsikan dalam Instagram.

IKLAN

Kini The LINC KL telah menjadi salah satu tempat popular untuk dikunjungi bersama kawan-kawan dan ahli keluarga sepanjang masa.

Pejam celik cukup sudah setahun The LINC KL di buka dan sempena genap usia setahun, The LINC KL menjemput pengunjung untuk bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun pertama dengan pelbagai aktiviti serta karnival menarik.

Foto – The LINC KL

Oleh itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun The LINC KL. Ingin tahu apa yang baru dan menarik di The LINC KL, jom tengok senarai wanista di bawah!

#1 Zon Perkongsian Dan Bacaan Yang Selesa

Foto – The LINC KL

Di The LINC KL ingin memberi yang terbaik untuk pengunjung dengan menukar ruang komersialnya menjadi sudut perkongsian buku dan sekaligus menjadi kawasan bacaan yang selesa untuk pengunjung. Di sudut ini juga pengunjung boleh bertukar-tukar buku bacaan di sudut perkongsian dengan santai.

Bagi yang berkunjung bersama keluarga, kawan-kawan atau datang secara solo boleh singgah ke zon buku dan berehat sambil membaca buku menarik yang disediakan.

#2 Kloth Cares

Foto – The LINC KL

Selain itu, The LINC KL ingin menggalakan orang ramai agar tidak membuang pakaian dan tekstil ke tempat pelupusan sampah, sebaliknya letakkan pakaian yang tidak digunakan dalam bekas khas Kloth Cares yang terletak di tingkat G.

Pengunjung boleh meletakkan kain dan pakaian yang tidak diingini ke dalam bekas tersebut. Jadi lepas ini, bolehlah hantar baju-baju atau kain dalam bekas Kloth Cares di The LINC KL!

#3 Oasis Urban Farming

The LINC KL juga akan memperkenalkan Oasis Urban Farming yang merupakan kebun moden di bahagian bumbung bangunan pada pertengahan bulan Disember ini. Menerusi konsep kebun moden ini, The LINC KL ingin memartabatkan pertanian Malaysia ke era baru di abad ke-21.

IKLAN

Dengan adanya kebun moden ini, pasar tempatan akan dibekalkan dengan sayur-sayuran yang berkhasiat dan bebas racun perosak serta ditanam secara mesra persekitaran.

#4 Seni Instalasi Baru

Foto – The LINC KL

The LINC KL yang cukup terkenal dengan seni lukisan mural kini mempamerkan seni instalasi baru ke dalam koleksi seninya. Karya tambahan ini menyentuh tentang kehidupan seharian masyarakat, latar belakang kebudayaan dan nilai identiti masyarakat.

Seni instalasi ini dipersembahkan menerusi stiker grafik yang ditampal pada panel komposit aluminium. Menarik bukan!

#5 Karnival Sambutan Ulangtahun Pertama

The LINC KL menganjurkan karnival seakan parti hari jadi pada 14 dan 15 Disember ini dengan pelbagai aktiviti serta hiburan yang menarik untuk pengunjung yang datang bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun The LINC KL.

Antara yang menarik adalah gerai permainan, bazar, persembahan istimewa giveaways dan banyak lagi aktiviti menarik dijalankan selama dua hari ini nanti.

#6 Pertandingan Belanja Dan Menang

Bermula 26 November 2019 sehingga 19 Januari 2020, pengunjung berpeluang menyertai pertandingan ‘Belanja & Menang’ setiap kali berbelanja di The LINC KL. Dengan berbelanja serendah RM100, pengunjung boleh menebus barangan eksklusif The LINC KL atau baucer tunai.

Manakala bagi yang berbelanja jumlah minimum RM200 pula layak mendapat tambahan peluang untuk memenangi pelbagai peranti gaya hidup dan kelengkapan rumah.

Nampaknya banyak yang menarik dan baru di The LINC KL yang berbaloi untuk di lihat dan menyertai aktiviti yang dijalankan sampai tahun depan!