Kecantikan

Lady Gaga Keluar Mekap Eksklusif Inspirasi “A Star Is Born”!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Lady Gaga Keluar Mekap Eksklusif Inspirasi “A Star Is Born”!

Lady Gaga bukan saja seorang artis yang diminati ramai, tetapi juga seorang usahawan yang berjaya dengan melancarkan produk mekap jenama sendiri iaitu Haus Laboratories.

IKLAN

Baca : Giliran Lady Gaga Pula Keluar Mekap Sendiri, Lihat Apa Yang Best…

Jenama mekap Haus Laboratories ini telah memasuki pasaran sejak bulan September lalu. Melihat produk-produk mekap yang dikeluarkan mendapat sambutan baik, Gaga kini tampil keluarkan koleksi mekap eksklusifnya iaitu Haus of Future Hollywood.

Apa yang menarik tentang mekap eksklusif Haus of Future Hollywood ini adalah, Gaga mendapat inspirasi menerusi rupa mekap dirinya sendiri semasa menghadiri tayangan perdana “A Star Is Born” pada tahun lepas.

Foto – hollywoodlife.com

Semasa menghadiri tayang perdana tersebut, Gaga kelihatan bersinar dengan bibir berwarna merah glossy bersama solekan eyeshadow silver screen. Gaga yang disolek oleh jurusolek artis Sarah Tanno pada waktu itu membuatkan ramai yang terpegun melihat rupa Gaga yang stunning!

Kini Gaga mengeluarkan mekap dengan mengambil inspirasi menerusi makeup looks dirinya semasa menghadiri tayangan perdana tersebut.

Foto – Haus Laboratories

Koleksi mekap terbaru Haus of Future Hollywood ini menampilkan tiga produk iaitu Flash Glam Attack Liquid Shimmer Powder, Supermodel RIP Lip Liner dan Werk Le Riot Lip Gloss. 

Ketiga-tiga produk ini dihasilkan menerusi inspirasi makeup looks Gaga semasa menghadiri tayangan perdana “A Star Is Born” tahun lepas. Kesan warna silver metalik dan merah memberi kombinasi makeup looks yang cukup stunning!

Siapa mahu mekap gaya Gaga, bolehlah dapatkannya menerusi laman web Haus Laboratories atau Amazon.

IKLAN

Rujukan: 1,