Awkward!
Terkini, pereka barang kemas Jennifer Meyer telah diberitahu bahawa dia tidak lagi boleh menggunakan foto Meghan Markle untuk mempromosikan perniagaannya.
Wakil Istana Buckingham telah memberitahu pereka yang juga rakan Meghan untuk memadam semua foto Meghan yang memakai rekaannya di Instagram, yang nampaknya melanggar perjanjian tanpa pendedahan (non-disclosure agreement).
Jennifer Meyer telah diberitahu untuk membuang kesemua foto, dan dirinya sendiri tidak pasti bagaimana ia boleh menjejaskan imej Meghan dan keluarga diraja.
Tidak diketahui alasan Istana berbuat demikian tetapi ada sumber terdekat mengatakan Istana mahu mengelakkan kekeliruan dan tidak mahu kelihatan seperti Meghan ditaja oleh sesuatu jenama.