Info Menarik

10 Alasan Putera Mahkota Dubai Bukan Setakat Kacak Tapi Fun Orangnya

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
10 Alasan Putera Mahkota Dubai Bukan Setakat Kacak Tapi Fun Orangnya

Selamat ulang tahun ke-37 Sheikh Hamdan bin Mohammed pada November lepas!

IKLAN

Tahukah, beliau adalah salah seorang keluarga diraja UAE paling disukai bahkan miliki peminat tersendiri yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Miliki lebih daripada 8 juta pengikut di Instagram, Wanista kepilkan sebab putera mahkota yang dikenali sebagai Fazza ini sangat fun dan mesra rakyat, malah fakta baru yang mungkin anda tidak tahu tentangnya.

Suka kanak-kanak

View this post on Instagram

Little Uncle

A post shared by Fazza (@faz3) on

Katanya beliau suka menyakat kanak-kanak dan buatkan mereka ketawa girang. Okay so sweet!

IKLAN

Rapat dengan keluarga

View this post on Instagram

#Family ❤️

A post shared by Fazza (@faz3) on

Orang kata biar kita putus kawan, tetapi jangan kita putus saudara, hubungan adik-beradik, hubungan ahli keluarga.

Mesra dengan binatang

Sama ada yang liar atau jinak, semua merupakan sahabatnya. Banyak menghabiskan masa dengan binatang seperti zirafa, burung helang, kuda dan macam-macam lagi.

Suka mengembara keliling dunia

View this post on Instagram

Find Uncle 😂 وين الأنكل

A post shared by Fazza (@faz3) on

Setiap kali ke sesebuah negara, putera mahkota kacak ini akan berkongsi selfie.

Hebat dalam sukan lasak

Sukan darat atau sukan air, semua pun boleh!

Berbakat dalam fotografi

View this post on Instagram

Good morning #visithatta صباح الخير

A post shared by Fazza (@faz3) on

Kerana hobi mengambil gambar, putera raja ini ada pelbagai koleksi kamera.

Suka selfie

Tengok sahaja di Instagram, siapa sangka putera mahkota ini rajin ambil selfie.

Pernah belajar di sekolah tentera

Jangan tak tahu, Hamdan bin Mohammed Al Maktoum mendapat kelulusan dari Sandhurst School di England tahun 2001 – kredit untuk pendidikan tentera yang mengajarnya nilai kerja berpasukan dan ketekunan. Sheikh Hamdan kemudiannya belajar di Dubai School of Government dan London School of Economics.

Sangat mesra dan rapat dengan rakyat tempatan

Wah bukan main seronok lagi bergambar ye.

Kehilangan abang tahun 2015

Abangnya, Sheikh Rashid bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 33 tahun.

Kalau nak tahu lifestyle putera mahkota yang segak ini, follow Instagramnya, beliau sangat aktif.

Nak beritahu dia dah kahwin ye..