Kesihatan

Muka Cantik Tapi Kaki Berketuat, Ikut Petua Orang Lama

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Muka Cantik Tapi Kaki Berketuat, Ikut Petua Orang Lama

Masalah ketuat sangat di geruni oleh para wanita, ketulan-ketulan kecil yang keras dan berbintik pada tapak kaki memberi rasa yang tidak selesa. Apalah nasib wanita yang punya wajah yang cantik tetapi kaki pula penuh dengan ketuat yang menjijikan. Ya lah, siapa mahu di jangkiti ketuat bukan.

IKLAN

Sebenarnya kes ketuat ini telah lama wujud, dan jangkitan ketuat mendapat perhatian ramai penyelidik apabila ketuat di temui pada mumia yang di percayai adalah nenek kepada Raja Tutankhamun yang merupakan Permaisuri Liye yang hidup sekitar tahun 1300BC.

Foto – The Pharmacist

Hah, sedangkan kerabat diraja purba dahulu kala pun di jangkiti ketuat, apatah lagi rakyat jelata pada zaman dahulukan. Macam manalah orang dulu-dulu hilangkan ketuat mereka ya, bukan senang nak hilangkan ketuat tanpa perubatan yang berteknologi tinggi seperti sekarang ini.

Hilangkan Ketuat, Ikut Petua Orang lama

Pelepah Betik

Foto – mastichaterapia.sk

Menurut orang tua-tua, mereka menggunakan getah dari pelepah betik yang di petik terus dari pkok. Titiskan getah pelepah betik ke atas ketuat dan biarkan ia kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat menjadi kering dan tanggal sendiri.

Pasir Basah

Foto – needpix.com

Selain itu, orang dahulu kala di katakan menggunakan pasir basah untuk menanggalkan ketuat. Caranya, gosokkan ketuat ke atas pasir basah seperti pasir di sungai atau pasir di kawasan pantai.

Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut dan ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Kapur Sirih

Foto – ayamtempur.biz

Orang zaman dahulu banyak menggunakan bahan-bahan dari sumber masakan bagi menghilangkan ketuat mereka. Antaranya kapur sirih, sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan ia mengering dengan sendiri.

Lakukan kaedah ini sehingga ketuat betul-betul kering dan tanggal dengan sendiri.

IKLAN

Daun Kesum

Foto – bukalapak.com

Siapa sangka daun kesum juga boleh di gunakan bagi menghilangkan ketuat. Ambil beberapa helai daun kesum dan kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan gaul sehingga sebati.

Layurkan pes daun kesum ke atas ketuat, tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkan cara ini sehingga ketuat tanggal dengan sendiri.

Minyak Tanah

Foto – NewsFirst

Orang zaman dulu juga menggunakan minyak tanah bagi merawat masalah ketuat yang di hadapi. Menurut orang dahulu kala, minyak tanah di anggap sebagai ubat kulit dan mereka juga percaya ia dapat menghilangkan masalah ketuat dengan cepat.

Bawang Putih

Foto – megapolitan.kompas.com

Bawang putih yang seing digunakan dalam tumisan boleh merawat ketuat, bawang putih yang mempunyai sifat yang panas dapat menanggalkan ketuat dengan mudah. Untuk menghilangkan ketuat, ambil beberapa ulas bawang putih dan kemudian tumbuh sehingga hancur.

Layurkan pes bawang putih ke atas ketuat dan balut untuk seketika. Ulang cara ini sehingga ketuat hilang dan ia akan tanggal dengan sendiri.

Garam

Foto – Petua Ibu

Tak sangka garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan ketuat! Ingat boleh guna untuk masakan dan buang lintah di kak je, rupanya ia juga boleh di gunakan bagi menghilangkan ketuat.

Caranya adalah dengan merendam kaki dengan air panas yang telah di campur dengan garam. Rendam kaki selama 10 hingga 15 minit. Air garam dapat membersihkan kuman yang bersarang pada ketuat dan dapat menghilangkannya dengan pantas jika cara ini di ulang beberapa kali.

Pokok Tetulang

Foto – my.carousell.com

Siapa pernah dengar nama pokok tetulang, kalau biasa berjalan di kampung pasti kamu akan ternampak pokok tetulang ini di tanam sekitar kawasan rumah. Pokok tetulang ini juga dikenali dengan nama-nama seperti pokok tulang, pokok tulang-tulang atau pokok patah tulang.

Nama unik ini datang  menerusi bentuk pokok yang seperti rangka tulang. Orang dulu-dulu menggunakan getah putih pokok tetulang bagi merawat masalah ketuat. Titiskan getah putih dari pokok tetulang ke atas ketuat, kemudian selamat dan biarkan ia kering. Lakukan sehingga ketuat tanggal dengan sendiri.

Semoga petua dari orang lama dapat membantu kamu menghilangkan masalah ketuat!

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6