Acara

Madagascar The Musical Buat Penonton Malaysia Tak Kering Gusi!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Madagascar The Musical Buat Penonton Malaysia Tak Kering Gusi!

Dari filem animasi ke pentas lakonan menyaksikan Madagascar The Musical terbang jauh ke Malaysia bagi menghiburkan rakyat Malaysia di Dewan Plenary, KLCC. Pementasan Madagascar The Musical ini merupakan pementasan yang terulung di Asia Tenggara, dengan kolaborasi hebat antara Syarikat Milestone Production dan DreamWorks.

IKLAN

Madagascar The Musical membawa penonton mengembara bersama-sama Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo melarikan diri dari Taman Zoo ‘Central Park Zoo’ di New York. Perjalanan yang penuh telatah lucu ini membuatkan para penonton tidak kering gusi dibuatnya!

Foto – Arkib Wanista

Pementasan Yang Mencuit Hati!

Penonton yang menyaksikan pementasan Madagascar The Musical ini tidak henti bersorak keriangan apabila melihat aksi watak-watak Madagascar yang sangat lucu dan mencuit hati.

Foto – Arkib Wanista

Antara persembahan yang menarik perhatian penonton adalah sekumpulan burung penguin yang lucu iaitu Skipper, Kowalski, Rico dan Private bersama Alex dan kawan-kawannya.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, pementasan Madagascar The Musical juga memperdengarkan lagu-lagu ikonik dan popular filem animasi tersebut seperti “I Like To Move It, Move It” dan lagu-lagu terbaru yang lain.

Dengan rentak lagu yang menarik membuatkan para penonton juga turut serta menari mengikuti rentak watak-watak Madagascar di atas pentas.

Sanggup Ubahsuai Dewan Planery Jadi Hutan

Bagi menjayakan pementasan yang pertama dan terulung di Asia Tenggara ini, Dewan Plenary di KLCC telah diubah suai menjadi satu kawasan hutan seperti di Pulau Madagascar. Hutan yang berwarna-warni membuatkan penonton yang hadir teruja melihat dekorasi tersebut.

Malah hiasan latar belakang pentas juga menyerupai filem animasi popular tersebut, ini menunjukkan betapa teliti dan pentingnya pementasan Madagascar The Musical yang ingin di tunjukan kepada penonton di Malaysia.

Malaysia Bangga Jadi Tuan Rumah Pementasan Madagascar The Musical

Foto – Arkib Wanista

Pengarah Urusan Syarikat Milestone, Dato’ Grace Lee menyatakan rasa teruja dan bangga kerana Malaysia di pilih sebagai tuan rumah untuk pementasan terulung Madagascar The Musical.

Kami sangat teruja menjadi tuan rumah untuk pementasan terulung “Madagascar The Musical” di Malaysia buat kali pertama di Asia Tenggara. 

Selepas kejayaan besar pementasan ini di seluruh United Kingdom, kami berasa teramat bangga bahawa Malaysia menjadi destinasi pilihan pementasan “Madagascar The Musical” di mana filem animasi “Madagascar” meraih kejayaan yang tinggi di panggung wayang.

Malaysia Mampu Tarik Pementasan Bertaraf Antarabangsa

Foto – Arkib Wanista

Menerusi kejayaan pementasan Madagascar The Musical, ia dapat meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pilihan pementasan bertaraf antarabangsa di rantau Asia. Dan pastinya di masa akan datang terdapat banyak pementasan bertaraf dunia bakal memilih Malaysia menjadi tuan rumah.

Untuk makluman semua, Madagascar The Musical ini telah berlangsung di Dewan Plenary, KLCC yang bermula dari 5 Disember hingga 8 Disember 2019. Penonton yang hadir pastinya tidak akan melupakan pementasan yang hebat ini.