Berita & Isu Semasa

Update Miss Universe 2019 : Filipina Menang Kostum Terbaik Bukan Malaysia!

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Update Miss Universe 2019 : Filipina Menang Kostum Terbaik Bukan Malaysia!

Walaupun Malaysia tidak tersenarai dalam Top 10 untuk Miss Universe 2019 yang sedang berlangsung di United States of America, itu tidak mematah semangat kita sama sekali.

IKLAN

Sekurang-kurangnya Malaysia masih boleh berbangga kerana baru sahaja menerima gelaran “Kostum Terbaik” di Miss Universe 2019 yang diumumkan sebentar tadi.

Trending di Twitter menyaksikan pengacara Steve Harvey melakukan kesilapan yang sama dilakukan beliau saat mengumumkan pemenang Miss Universe tahun 2015 lepas. Kali ini, Steve mengumumkan nama Filipina sedangkan pemenangnya adalah Malaysia. Mungkin pengacara dah boleh tukar ni..

Cerita Di Sebalik Kostum Kebangsaan Malaysia

Foto – Miss Universe

Kostum yang disarung oleh Shweta Sekhon ini bertemakan A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya.

IKLAN

“Kaum Peranakan punya sejarah yang sangat tinggi nilai estetikanya dan ini dapat dilihat menerusi penghasilan seni pakaiannya, maka ini yang kami rancang di peringkat awal.

“Saya gunakan konsep ini dan menggayakan setiap perincian dengan yang melambangkan kepelbagaian di Malaysia termasuk penggunaan kain sarung, songket dan dimasukkan dengan aksesori-aksesori berwarna terang dan semestinya ini melambangkan keraian, ” ujar pereka fesyen Carven Ong kepada Astro Awani.

Kostum seberat 28 kilogram ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan bahan yang digunakan tidak membebankan Shweta yang akan menggayakannya.

Kemaskini

Haru-biru Miss Universe 2019 kali ini. ternyata Kostum Kebangsaan Terbaik menjadi milik Filipina dan bukannya Malaysia seperti yang dilaporkan awal. Perkara ini dijelaskan penganjur Miss Universe melalui akaun Twitter rasmi.

Aduhai apa bendalah..