Kesihatan

7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu, Bagus Untuk Kesihatan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu, Bagus Untuk Kesihatan

Kita semua telah di momokkan dengan informasi yang tidak betul tentang kulit ayam selama ini. Kini telah banyak kajian menunjukan bahawa memakan kulit ayam sebenarnya adalah bagus untuk kesihatan diri. Malah pakar juga menyatakan bahawa kulit ayam sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kita semua tidak tahu.

IKLAN

Menerusi penjelasan dari pakar kesihatan Universiti Harvard iaitu Dr. Walter Willett dan pakar kulinari dari Institut Kulinari Amerika, Amy Myrdal Miller menjelaskan bahawa memakan kulit ayam adalah bagus dan baik untuk kesihatan.

Foto -ihavenet.com

Menurut pakar kesihatan, apabila kamu menyediakan hidangan ayam, kamu tidak perlu membuang kulit ayam tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan lemak yang terdapat dalam kulit ayam mengandungi lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah tujuh kebaikan kulit ayam yang bagus untuk kesihatan kamu!

Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Foto – South China Morning Post

Jika dulu kita semua menyangka makan kulit ayam akan membahayakan kesihatan jantung. Tetapi kini menerusi kajian pakar, kulit ayam mengandungi lemak tidak tepu yang mana ia merupakan sejenis lemak yang baik untuk jantung.

Lemak tidak tepu dapat membantu merendahkan tahap tekanan darah dan juga tahap kolesterol sambil mengawal selia hormon dalam tubuh.

Kaya Dengan Lemak Baik

Foto – diet.st

Kulit ayam mengandungi dua jenis lemak iaitu lemak baik yang mana mengandungi lemak tak tepu 8 gram dan lemak tepu 3 gram yang mana jumlah lemak ini adalah bagus untuk diet pemakanan kamu.

Dan satu lagi adalah lemak jahat yang akan membuatkan salur darah tersumbat yang akan membahayakan jantung jika kamu makan kulit ayam secara berlebihan.

Oleh itu, meski kajian menunjukan kulit ayam bagus untuk kesihatan tetapi kamu tetap perlu makan dalam kadar yang sedarhana dan tidak berlebihan.

IKLAN

Mengandungi Omega 9 Atau Asid Oleic

Foto – Simply Recipes Food

Kulit ayam ini juga mengandungi Omega 9 atau asid Oleic yang mana asid oleic ini sering di temui dalam minyak zaitun.

Fungsi asid oleic ini dapat membantu pembentukan lipoprotein yang tinggi dan juga HDL yang mana ia akan mengawal sensitiviti glukosa dalam tubuh badan. 

Menu Yang Bagus Untuk Hindari Diet Rendah Lemak

Foto – Philadelphia Magazine

Jika kamu ingin hilangkan berat badan, pastinya kamu harus mengikuti diet pemakanan yang rendah lemak dan pastinya ia bukanlah pilihan menu pemakanan yang kamu mahukan betul tak.

Tetapi jika kamu jadikan hidangan kulit ayam sebagai menu diet, kamu tidak perlu risau dengan diet rendah lemak. 

Bukan Semua Lemak Tepu Jahat

Foto – lostinempos.com

Kamu perlu tahu bukan semua lemak tepu jahat, tahu tak lemak tepu memainkan peranan dalam mengekalkan densiti tulang dan mengatur hormon serta sistem imun dalam tubuh badan.

Dan kulit ayam mempunyai jumlah lemak tepu yang di perlukan oleh tubuh badan jika kamu makan dalam kadar yang teratur dan seimbang.

Buatkan Kamu Tidak Terlebih Makan

Foto – Shutter Stock

Apabila kamu makan kulit ayam yang di goreng tanpa sebarang bahan perasa, kamu akan merasai hidangan tersebut tawar dan kering.

Menerusi tekstur tersebut ia akan mengawal selera makan kamu agar tidak makan secara berlebihan. Pilihan yang bagus jika kamu ingin mengawal selera makan yang kuat.

Jumlah Kalori Yang Tidak Banyak Beza

Foto – finecooking.com

Tahu tak hidangan ayam sebanyak 340 gram bersama kulit memiliki jumlah kalori sebanyak 50 berbanding hidangan ayam yang di hidangkan tanpa kulit.

Hidangan ayam bersama kulit yang di masak secara di panggang, menjadikan kulit ayam tersebut sebagai perisai melindungi isi ayam agar tidak menyerap minyak.

Isi ayam yang empuk bersama kulit ayam yang rangup menjadikan ia hidangan ayam yang sangat enak!

Jadi lepas ni jangan takut pula untuk makan kulit ayam, dan pastikan kamu kawal kadar pengambilan kerana tidak kira apa jua makanan yang kamu makan, harus mempunyai batas.

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5,