Teknologi

5 Sebab Wanista Suka Siri Mesin Pembuat Kopi Philips Automatik Penuh!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Sebab Wanista Suka Siri Mesin Pembuat Kopi Philips Automatik Penuh!

Philips Malaysia memperkenalkan rangkaian mesin pembuat kopi terbaru dengan siri mesin espresso automatik penuh (FAEM). Rangkaian mesin yang inovatif ini telah di inovasi dengan fungsi yang lebih dinamik dan berteknologi tinggi, demi menghasilkan kopi berkualiti tinggi dan segar buat pencinta kopi tegar di Malaysia.

IKLAN

Menerusi siri mesin espresso automatik penuh ini, pencinta kopi dapat menikmati secawan kopi yang segar dengan mudah di rumah. Jadi selepas ini, tak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan secawan kopi di kedai.

Dengan adanya mesin pembuat kopi hebat ini, anda dapat menikmati kopi dengan kualiti yang sama seperti di kafe mahal! Siapa yang tak nak bukan, dapat hasilkan kopi sedap dan berkualiti di rumah dapat membuatkan diri berasa lebih bersemangat untuk pergi ke tempat kerja.

Bukan itu saja, bagi pencinta kopi tegar pastinya anda tidak akan berasa rugi untuk mendapatkan mesin ini kerana..

Dapat Menikmati Secangkir Kopi Lazat Di Rumah

Foto – ShutterStock

Menikmati secangkir kopi lazat di rumah merupakan impian pencinta kopi tegar. Mesin pembuat kopi ini sememangnya di reka secara profesional untuk kediaman anda, mesin khusus bergred tinggi ini dapat menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi dengan proses yang mudah.

Jadikan Rumah Sebagai Mini Kafe

Foto – Pinterest

Rata-rata pencinta kopi pastinya memiliki impian untuk memiliki kedai kafe tersendiri dengan pelbagai aneka pilihan kopi di kaunter bukan. Kini impian tersebut dapat di realisasikan dengan memiliki rangkaian mesin espresso automatik penuh di rumah anda.

Dengan mesin pembuat kopi dari Philips ini akan membuatkan rumah anda menjadi mini kafe dengan rasa kopi yang segar.

Kopi Di Bru Dengan Mesin Berteknologi Tinggi

Biji kopi yang di bru dengan mesin berteknologi tinggi memberikan pengalaman biji-kopi-ke-cawan anda dengan cepat, mudah dan segar. Mesin yang berteknologi tinggi ini menunjukan kehebatannya dalam mengendali kualiti panggang biji kopi, saiz kisaran biji kopi, suhu yang di gunakan sehinggalah kepada teknik bancuhan yang hebat.

Jadi tidak hairan mengapa kopi yang di hasilkan umpama kopi yang di hidang di kafe-kafe mahal dan ternama.

IKLAN

Mesin Canggih Yang Mudah Untuk Di Cuci

Foto – infoboard.de

Ramai yang berpendapat lagi canggih mesin tersebut, lagi sukar untuk di bersihkan. Tetapi bukan mesin Philips ini, kerana fungsi pintar dan intuitif yang terdapat dalam mesin pembuat kopi ini dapat memudahkan urusan pembersihan mesin serta ianya senang untuk di selenggara.

Mesin ini memaparkan sistem penapisan air AquaClean yang dipaten dan pertama dalam industri, ia dapat memastikan penyahkerakan sehingga 5,000 cawan dengan penggantian penapis yang kerap. Ini bermaksud saluran air mesin tidak akan menjadi kerak dan mudah untuk di bilas.

Rangkaian Mesin Dengan Harga Yang Berpatutan

Saeco PicoBaristo RM5,999

Foto – Philips Malaysia

Mesin Saeco PicoBaristo ini merupakan mesin keluaran terbaru daripada Philips, ia merupakan mesin espresso super automatik dengan 10 keunikan pilihan bancuhan kopi seperti Espresso, Americano, Cafe au Lait, Cappuccino, Coffee, Espresso Double, Espresso Machiato, Latte Macchiato dan Ristretto.

Mesin model premium ini memiliki fitur teknologi Thermoblock yang mana ia dapat menghasilkan suhu yang sempurna untuk menghasilkan secangkir kopi yang lazat, segar dan berkualiti tinggi.

Philips 3200 Series LatteGo RM4,599

Foto – Philips Malaysia

Siri mesin LatteGo terbaru ini merupakan mesin espresso yang di inovasi dengan fungsi automatik penuh, yang menawarkan lima pilihan bancuhan kopi seperti Espresso, Black Coffee, Americano, Cappuccino dan Latte Macchiato.

Mesin inovasi terbaru ini menampilkan keseimbangan antara sistem aroma kopi dan suhu membru kopi yang sempurna. Dan anda juga dapat melaraskan kekuatan aroma dan kuantiti biji kopi dengan butang sentuh di skrin mesin dengan mudah.

Philips 5000 Series LatteGo RM3,999

Foto – Philips Malaysia

Mesin Philips siri LatteGo yang ini menampilkan fungsi mesin automatik penuh dengan enam pilihan bancuhan kopi seperti Espresso, Black Coffee, Americano, Cafe au Lait, Cappuccino dan Latte Macchiato.

Mesin LatteGo siri 5000 ini menggunakan teknologi Thermoblock yang mengendalikan suhu dengan sempurna, sementara memerangkap aroma kopi asli yang harum.

Philips 2200 Series RM3,299

Foto – Philips Malaysia

Mesin espresso siri Philips 2200 ini juga merupakan mesin bancuhan kopi dengan fungsi automatik penuh sambil menawarkan dua pilihan bancuhan kopi enak iaitu Coffee dan Espresso.

Mesin ini memiliki fungsi memerangkap aroma biji kopi ke dalam air bancuhan yang lalu di hidangkan ke dalam cawan. Bau aroma biji kopi yang harum mengangkat deria rasa ke tahap yang luar biasa.

Philips 3100 Series RM2,999

Foto – Philips Malaysia

Mesin espresso siri Philips 3100 ini merupakan mesin dengan fungsi automatik penuh yang menawarkan tiga pilihan bancuhan kopi lazat iaitu Americano, Coffee dan Espresso. Mesin automatik penuh ini membolehkan anda melaraskan setting untuk kopi, susu dan susu dengan mudah.

Mesin ini juga menggunakan teknologi Thermoblock yang membenarkan anda untuk menikmati air kopi dengan suhu yang sempurna dan mesin ini juga mempunyai fungsi Auto-Rinse yang memudahkan anda untuk mencucinya!

Inginkan kediaman anda bertukar menjadi mini kafe, dapatkan rangkaian mesin pembuat kopi dari Philips dan alami rasa kopi yang di bru segar di rumah anda!