Fesyen

Emma Stone Dah Tunang, Pilih Cincin Bertatah Mutiara Yang Ringkas Je

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Emma Stone Dah Tunang, Pilih Cincin Bertatah Mutiara Yang Ringkas Je

Penerima Oscars untuk filem La La Land, Emma Stone selamat bertunang dengan penulis dan pengarah “Saturday Night Live”, David McCary. Berita itu diumum sendiri oleh McCary di Instagramnya, selepas mereka bercinta selama dua tahun.

Dalam foto tersebut, Emma dengan senyuman paling manis mempamerkan cincin tunang disamping McCary.

IKLAN

View this post on Instagram

💕

A post shared by @ davemccary on

Beberapa peminat yang komen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu turut menambah mereka tidak dapat melihat cincin dengan jelas kerana agak kabur.

Cincin Bertatahkan Mutiara Dengan Perincian Serba Ringkas

Walaupun mereka tidak berkongsi gambar yang lebih jelas, sumber terdekat mengesahkan bahawa cincin yang disarung Emma merupakan koleksi Kataoka Winter Pearl.

Foto – Catbird

Cincin yang dijual pada harga $4,780 dibuat di bengkel tukang emas terkenal Tokyo, Yoshinobu Kataoka, mempunyai 8 milimeter mutiara Akoya, 0.37 karat berlian dan 18 karat emas. Kataoka menggunakan logam, berlian dan permata berkualiti tinggi yang tidak dirawat (100%asli).

Foto – Catbird

Pakar barangan kemas menjelaskan rekaan dan pembuatan cincin Emma Stone sangat moden dan kontemporari. Ia sangat biasa bagi pereka untuk mengambil inspirasi daripada perhiasan zaman dahulu kala dan memberi twist untuk sentuhan moden.

Mula Dating Oktober 2017

Dilaporkan Emma Stone dan David McCary mula dating pada Oktober 2017. Mereka bertemu ketika Emma menjadi hos undangan SNL pada penghujung 2016 dan membintangi sketsa “Wells for Boys” yang diarahkan oleh McCary sendiri.

IKLAN

RUJUKAN : 12