Fesyen

Pakai Cape Kuning, Melania Trump Berfesyen Seperti Wanita Jahat?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Pakai Cape Kuning, Melania Trump Berfesyen Seperti Wanita Jahat?

Melania Trump cukup sinonim dengan dunia fesyen, setiap busana yang di gayakannya membawa maksud yang tersirat dan membuatkan semua orang tertanya-tanya erti fesyen yang di gayakannya itu.

IKLAN

Wanita pertama dan presiden Amerika Syarikat ini tiba di Istana Buckingham yang di anjurkan oleh Permaisuri Elizabeth, sebelum acara Nato summit berlangsung.

Melania Trump mengenakan busana cape kuning dari Valentino ini, merupakan koleksi fesyen musim luruh 2019. Cape kuning yang di pakai oleh Melania mencuri tumpuan ramai sehingga mengetepikan suaminya Donald Trump yang hadir dengan pakai sut hitam.

Fesyen Ala Wanita Jahat?

Foto – Getty Images

Melania Trump memakai cape kuning Valentino bersama lengan berwarna fuchsia dan di padankan dengan warna kasut tumit tinggi stiletto daripada Christian Louboutin yang juga berwarna fuchsia.

Gaya fesyen seperti wanita jahat ini mencetuskan provokasi dan trending di United Kingdom. Gaya fesyen musim luruh di UK lebih cenderung ke arah warna-warna seperti hitam, biru dan kelabu dan bukannya warna-warna ala ‘semangat Amerika’ yang di gayakan oleh Melania Trump ini.

Melania Trump Memang Suka Pakai Cape?

Jika di lihat dalam rakaman video Melania Trump menghias Rumah Putih sempena hari krismas. Melania Trump di lihat mengenakan busana berwarna putih bersama cape dengan warna yang sedondon. 

Melania yang cuba berkongsikan semangat patriotik menerusi dekorasi krismasnya di kritik oleh pengkritik fesyen Robin Givhan gara-gara pemakaian cape yang di lihat seperti gaya fesyen tidak masuk akal.

IKLAN

Dekorasi krismas Melania Trump sangat cantik tetapi kot tersebut kelihatan tidak masuk akal. Lebih kepada gaya fesyen bodoh, kot tersebut mengganggu perhatian” ulas Robin Givhan.

Melihat penampilan dan gaya fesyen yang di bawa oleh Melania Trump semasa mengunjungi Istana Buckingham ini, membuatkan ramai tertanya-tanya motif fesyen wanita pertama Amerika Syarikat ini.

Menurut Dr. Aurore Bardey, seorang pensyarah di London College of Fashion menyatakan pandangannya terhadap pemilihan gaya fesyen Melania Trump.

Cape akan membuatkan stail dia (Melania) tampak lebih elegan dan seperti kerabat diraja” jelas Dr. Aurore Bardey.

Penjelasan yang ringkas terhadap keputusan pemilihan fesyen Melania untuk berkunjung ke istana.

Melania Trump yang di lihat sangat kerap memakai cape ini mengingatkan kita semua tentang kebanyakkan watak jahat memakai uniform cape. Dan pemakaian cape juga menunjukan simbol provokasi dan seakan mengejek!

Rujukan: 1, 2, 3,