Acara

7 Tawaran Hebat Sempena Jualan Hari Lahir Shopee 12.12, Wajib Rebut!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
7 Tawaran Hebat Sempena Jualan Hari Lahir Shopee 12.12, Wajib Rebut!

Jualan Hari Lahir Shopee 12.12 kini datang lagi dengan pelbagai tawaran yang menarik dan eksklusif khas buat peminat Shopee. Jualan besar-besaran sempena sambutan hari lahir Shopee pada tahun ini telah bermula pada 28 November 2019 sehingga 12 Disember 2019. Pelbagai acara, hiburan dan promosi diadakan khas buat rakyat Malaysia!

IKLAN

Shopee kini telah menjadi platform e-dagang nombor 1 di Malaysia dengan pelbagai percapaian hebat dari tahun ke tahun penubuhannya dapat di lihat dengan menerusi pelbagai tawaran perkhidmatan yang merentasi sempadan.

Malah Shopee juga menjadi platform e-dagang utama buat para usahawan antarabangsa dan juga tempatan bagi memasarkan memasarkan produk mereka menerusi Shopee.

Shopee 12.12 Birthday Sale!

Join in on the fun this Shopee 12.12 Birthday Sale and enjoy an abundance of amazing deals! 🎂 Daily RM12 Deals🎂 RM12 Free Shipping🎂 Catch and Win 12 Million Coins!https://shopee.com.my/1212#ShopeeMY1212 #Shopee1212BirthdaySale

Posted by Shopee on Thursday, November 28, 2019

Kini bagi mengakhiri tahun 2019, Shopee melancarkan Shopee 12.12 Birthday Sale dengan memberi pelbagai ganjaran serta tawaran hebat untuk rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian dengan senang hati.

Pastinya ramai yang tidak sabar menanti acara jualan besar-besaran sempena hari kelahiran Shopee pada tahun ini, dengan 22 kategori di mana setiap kategori memasarkan lebih dari 100 produk yang berjenama baik dari dalam mahupun luar negara!

IKLAN

Sempena sambutan hari lahir Shopee bagi tahun 2019 ini, Shopee menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran yang luar biasa dari tahun-tahun sebelumnya. Jangan lepaskan peluang untuk rebut ke semua tawaran hebat yang di tawarkan oleh Shopee!

#1 Tawaran Harian RM12

The best things come in twos 👯‍♀️. Enjoy Daily RM12 Deals with RM12 Free Shipping now when you shop during our Shopee…

Posted by Shopee on Tuesday, December 3, 2019

Sempena sambutan hari kelahiran Shopee 12.12 bermula 28 November sehingga 12 Disember 2019 ini, rakyat Malaysia dapat membeli-belah dengan gembira dan senang hati kerana setiap hari anda membeli dalam secara dalam talian anda dapat menikmati tawaran harian dari Shopee sebanyak RM12.

Siapa yang tidak mahu tawaran harian RM12 bukan! Syoknya.

#2 Penghantaran Percuma Dengan Minima Belanja RM12

Foto – Facebook Shopee

Bukan sahaja semua produk-produk Shopee di jual dengan harga serendah RM12, penghantaran pula di beri secara percuma jika anda membeli-belah secara minima RM12. Dah seronok sakan membeli, siapa yang tidak mahu penghantaran di beri secara percuma ya tak?

#3 Menangi 12 Juta Shopee Coins Di Shopee Catch

Play Shopee Catch!

Work your neck muscles 💪, it’s time to practice for Shopee Catch! Catch and win and you can enjoy up to 12 million coins 💰. But make sure you practice it first!Head here to prepare yourself 🏃‍♀️ 🏃‍♂️ https://shopee.com.my/shopee-catch-practice or here for when you're ready to win more coins! https://shopee.com.my/shopee-catch-coins#ShopeeMY1212 #Shopee1212BirthdaySale

Posted by Shopee on Thursday, November 28, 2019

Selain memburu barang-barang kegemaran di Shopee, jangan lepaskan peluang untuk menang 12 juta Shopee Coins menerusi Shopee Catch! Apa tunggu lagi, segera buka aplikasi Shopee di telefon pintar dan pergi ke Shopee Catch untuk menangi Shopee Coins.

#4 Tawaran Dan Diskaun Eksklusif Yang Hebat!

Dapatkan tawaran serta diskaun eksklusif sempena sambutan hari lahir Shopee 12.12 tahun ini hanya di Shopee! Antara diskaun dan tawaran promosi hebat yang boleh pembeli dapatkan adalah dari:

  • Mydin
  • Petronas
  • AEON BiG
  • Castrol
  • DNA by Dynas
  • Mikaseries
  • Bridgestone Bicycle
  • Xixili
  • SimplySiti by Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  • Phewiiit by Amy Search
  • C’ by Jane Chuck
  • White Fluffy by Janna Nick
  • Pureen
  • Bum Equipment

Dan banyak lagi produk-produk keluaran antarabangsa dan tempatan yang terkenal boleh hanya boleh di dapati di Shopee sempena jualan hari lahir Shopee 12.12 ini. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk dari jenama kegemaran anda.

#5 Bayar Dan Tambah Nilai Semudah 1 2 3

Nak bayar bil Astro, elektrik, air dan top up telefon? Segalanya boleh di buat semudah 1 2 3 di aplikasi Shopee sahaja. Menerusi ciri kemudahan seperti Reloads, Vouchers dan Bills pengguna aplikasi Shopee dapat menambah nilai kredit telefon mahupun membayar bil-bil utiliti menerusi aplikasi Shopee.

Tambahan lagi, apabila pengguna membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi Shopee, pengguna akan mendapat 10% pulangan tunai Shopee Coins. Selain itu, bagi pengguna yang membayar bil pada 12 Disember ini, pengguna akan mendapat pulangan tunai Shopee Coins sebanyak 12% syoknya!

Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee Coins sekali sahaja dalam tempoh kempen berlangsung.

#6 Lebih 100 Produk Luar Bandar Kini Di Shopee

Foto – Shopee

Pada 28 November lalu, Shopee telah melancarkan Jualan Hari Lahir Shopee 12.12 dan sekaligus menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang mana kerjasama tersebut memboleh lebih 200 usahawan luar bandar memasarkan produk mereka menerusi platform e-dagang Shopee.

Menerusi kerjasama tersebut, kedai rasmi [email protected] di wujudkan bagi memasarkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung dan banyak lagi di Shopee.

Bukan itu saja, [email protected] yang merupakan kedai khusus automotif juga di buka menerusi platform Shopee. kedai automotif dalam talian ini akan membolehkan rakyat Malaysia membeli produk seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin dengan mudah dari pengilang serta pengedar tempatan yang dipercayai.

#7 Tawaran Hari Lahir Yang Cukup Gempak!

Foto – Shopee

Apa lagi yang Shopee tawarkan sempena Jualan Hari Lahir Shopee 12.12 tahun ini. Dengan perkembangan platform e-dagang nombor 1 di Malaysia, Shopee bawakan pelbagai tawaran serta promosi istimewa khas buat rakyat Malaysia.

Antara tawaran tersebut adalah:

  • Dim Sum – Servis langganan video atas permintaan melancarkan ciri Watch & Shop di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan barang yang ditayangkan dalam drama atau filem di Shopee. Tawaran ini bermula dari 5 hingga 15 Disember dengan menggunakan kod DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan berbelanja secara minimum RM35. Promosi eksklusif ini hanya untuk pengguna baharu Shopee sahaja.
  • Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB – Pemegang kad dapat menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada Jualan Hari Lahir Shopee 12.12 ini.
  • Visa – Berpeluang untuk memenangi hadiah sebanyak RM300,000.
  • The Alley – Tempah The Alley X Shopee Smoothie eksklusif dan anda akan menikmati dua cawan Brown Sugar Creme Brulee Milk dengan hanya RM22.
  • Pizza Hut – Dapatkan satu pizza regular dengan harga RM9.99 pada 12 Disember 2019 sahaja.
  • Sushi King – Nikmati satu California Temaki dengan harga RM1.20.
  • Baskin Robbins – Beli satu dan dapat satu Chocolate Blast Beverage secara percuma.
  • Dunkin’ Donuts – Nikmati sebiji donut dengan harga RM1.20; Beli satu dapat percuma satu kopi.
  • KFC – Beli satu dan percuma satu poduk terpilih.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk rebut segala tawaran, promosi dan diskaun sepanjang kempen jualan ulang tahun kelahiran Shopee 12.12 tahun ini.