Pernah cuba ‘Butter Chicken’ di The Chicken Rice Shop?
Wanista dah cuba, memang sedap tak terkata! Ada rasa lemak pada mentega, ayam rangup di luar dan juicy di dalam, kuah juga pekat memang menyelerakan.
Untuk pengetahuan anda, kerana permintaan ramai menu tahunan Grilled Butter Chicken kini kembali sekarang hingga 17 Januari 2021 di The Chicken Rice Shop.
Keenakan Grilled Butter Chicken Yang Authentic
Paha ayam tanpa tulang yang dipanggang sempurna, empuk lagi enak disaluti sos mentega yang ditaburi cili padi dan daun kari, Grilled Butter Chicken sudah lama menawan hati ramai rakyat Malaysia dan menu ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai pelanggan TCRS.
- Foto – The Chicken Rice Shop
“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega.
Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken,” jelas June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd
Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang boleh didapati di The Chicken Rice Shop, sila layari laman web [SINI] atau halaman Facebook [SINI].