Cinta & Perhubungan

Bahagiakan GF Kamu Yang Gila K-Pop Dengan 5 Hadiah Best

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bahagiakan GF Kamu Yang Gila K-Pop Dengan 5 Hadiah Best

Adakah kekasih kamu obses dengan artis K-Pop? Setiap hari dia asyik bersembang pasal keunikan, keistimewaan artis kegemaran mereka. Sampaikan kamu juga diheret bersama menonton muzik video, program variety serta pelbagai lagi. Penulis ada mendengar cerita yang si kawan lelaki terpaksa ikut sama layan muzik video setiap kali idol kesayangan teman wanita mereka buat comeback, dedikasi tau.

IKLAN

Jadi apa kata kejutkan dia dengan beberapa perkara yang berkait dengan K-pop Idol kesayangan. Bila hari jadi atau ulang tahun percintaan, hadiahkan dia dengan beberapa idea di bawah ini. Nescaya si dia makin sayang dengan kamu dan kamu pun gembira bila melihat si dia tersenyum manis.

Nah ini idea Wanista paling best:

Merchandise

Kamu boleh beli barangan eksklusif artis K-Pop kegemaran seperti lightstick, hoodies, t-shirt, mug, soft toy, poster, buku nota dan banyak lagi. Tak mampu beli yang original, beli sahaja di Shopee atau mana-mana kiosk secara atas talian yang boleh dipercayai.

Foto – Blogspot

Tiket Konsert

Memang mahal tapi sesekali berhabis untuk yang tersayang, apa salahnya. Inilah masa untuk kamu berseronok menghadiri konsert bersama-sama walaupun sebenarnya kamu memang tak layan langsung K-Pop.

Foto – Soompi

Tiket Penerbangan Ke Korea

OMG! Gembira tak terkata kekasih kamu bila dihadiahi tiket penerbangan ke negara asal artis K-pop kegemaran. Lagi best bila kamu buat perancangan kunjungi tempat yang ada elemen sentimental artis kegemaran si kekasih.

Foto – Freetour

Baca : Peminat Tegar BTS! Wajib Kunjung 6 Tempat Ni Saat Travel Ke Seoul

Album

Tak nak ambil insiatif bila si dia sakan bercerita tentang album kumpulan kegemaran. Untuk pengetahuan kamu, album K-pop bukan seperti album lain, ia ada poster dan kad foto yang menampilkan tanda tangan artis sendiri dengan kata-kata sentimental yang membuatkan hati si dia berbunga riang.

Foto – Twitter

Produk Penjagaan Wajah

Memandangkan artis K-Pop dan kecantikan berpisah tiada. Mungkin ini boleh kamu jadikan idea. Sebagai contoh topeng muka Mediheal yang meletakkan gambar BTS di pembungkusan atau Blackpink pada pewarna rambut Mise-En-Scène dan macam-macam lagi. Tak ke si dia gembira kegirangan bila melihatnya, malah sentiasa guna untuk kekal cantik menawan.

IKLAN
Foto – Amazon

Suka boleh tapi berpada-pada ye.. Jangan sampai memuja, mengagungkan mereka bak Tuhan. Mereka manusia biasa seperti kita jadi tak payah over sangat!

Selamat beramal!