Jika jenama kelahiran Korea mengeluarkan lima ke sepuluh produk, Byme Skincare mengambil pendekatan konsep “sedikit lebih baik” dan menawarkan rutin yang mudah namun efektik untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri.
Masih baru di pasaran Malaysia, Byme diasaskan dengan konsep bahawa kecantikan semula jadi paling baik diperolehi dari dalaman meskipun gaya hidup yang sibuk menyukarkan wanita menguruskan rutin penjagaan kulit menerusi langkah-langkah yang lengkap.
Pengasas Byme Skincare Mengalami Kulit Bermasalah
Tahukah pengasas Byme Skincare, Bonnie Low, sendiri tidak terkecuali mengalami masalah jerawat dan kulit sensitif sehinggakan beli au sangat berhati-hati dalam memilih produk penjagaan kulit. Beliau tak dapat merawat kulitnya dengan produk ‘over-the-counter’. Jadi, beliau nekad untuk menghasilkan set penjagaan kulit sendiri menggunakan bahan semula jadi, tanpa perlu menggunakan bahan kimia.
Kelainan Byme Skincare Menggunakan Bahan Semula Jadi
Bonnie mengambil masa 3 tahun untuk mengakui dan menguji Byme, dan memilih Taiwan sebagai pusat pengilangan produk, kerana beliau percaya dengan falsafah mereka menggunakan bahan semula jadi untuk menghasilkan formula.
Moist 24 – Bahan yang diperoleh daripada akar Imperata Cylindrica, iaitu spesis rumput liar yang berasal dari Asia. Ia tumbuh di gurun yang kering dan kawasan air maison, tetapi tetap boleh mengekalkan kelembapan dan kandungan air dengan baik. Dengan memanfaatkan ciri menyimpan air yang dimiliki, Moist 24 dapat membantu kulit agar kekal terhidrasi walaupun dalam keadaan paling kering.
Purisoft – Purisoft ialah bahan pelindung yang berkesan yang diperoleh daripada biji Moringa Oleifera. Moringa miliki kuasa bunga yang ulung dan dikenali sebagai tumbuhan ajaib kerana menawarkan banyak manfaat untuk kecerahan dan kecantikan kulit, bahkan juga melindungi kulit daripada tercemar daripada sebarang kotoran.
Gulf Stream Seawater – Gulf Stream Seawater 30 kali lebih pekat dalam mineral berharga dan amat bermanfaat untuk kulit anda. Sumber air ini diperoleh daripada kepulauan Brehat di Perancis dan berfungsi mengurangkan kerengsaan pada kulit dan mengaktifkan koenzim kulit anda untuk mengimbangkan dan menyegarkan kulit.
Rutin Penjagaan Kulit 5 Langkah Dengan 5 Produk
Radiant Glow Gentle Cleansing Water – RM65, 120ml
Sesuai sebagai penanggal mekap, debu dan minyak, agar kulit kekal terhidrasi dan segar. Ditambah pula dengan vitamin B5, ia dapat memperbaiki hidrasi kulit and mengekalkan sel kulit agar sihat dan berseri-seri.
Radiant Glow Cleansing Mousse – RM99, 150ml
Pencuci lembut bebas sabun ini baik untuk menanggalkan kotoran dengan lembut agar wajah berseri-seri dan bebas daripada toksin. Pencuci ini juga bertindak lembut ke atas kulit sensitif dengan adapta Crodascinic, yang terbukti secara klinikal dapat memperbaiki keseimbangan pH kulit.
Radiant Glow Skin Essence – RM90, 120ml
Toner dan serum digabungkan dalam satu botol hebat yang bertindak menghidrasi, menyuburkan kulit anda jauh dari dalam dan menimbulkan kecerahan semula jadi. Dengan bahan aktif seperti Moist 24 dan ekstrak kulit sitrus, kulit anda akan mengalami hidrasi dan struktur sel lebih baik.
Esen ini juga diformula untuk mengurangkan keradangan dengan bantuan Syricalm. Bahan ini diuji dan terbukti secara klinikal dapat memperbaiki perlindungan kulit semula jadi dan membantu mengurangkan ruam dan jerawat.
Radiant Glow Complexion Cream – RM99, 30ml
Sama seperti produk Byme yang lain, krim pelembap ini kaya dengan Moist 24, Purist dan Gulfstream Seawater sebagai bahan aktif. Ia membekalkan khasiat dan hidrasi kepada kulit, dan melindunginya daripada kotoran saban hari.
Radiant Glow Hydrating Essence Face Mask Box – RM62, 5 keping
Alami idrati yang menyegarkan dengan masker kepingan wajah 3 lapis. Ia dapat meningkatkan keupayaan kulit untun mengekalkan lembapan agar menghasilkan kulit yang segar dan berseri.
Jika anda berminat nak mencubanya, dapatkan set rangkaian Radiant Glow Skincare dengan harga RM285 sahaja di [SINI].