Makanan

Terbongkar, Ini Sebab Sebenar Menu Filet-O-Fish Sentiasa Ada Di McDonald’s

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Terbongkar, Ini Sebab Sebenar Menu Filet-O-Fish Sentiasa Ada Di McDonald’s

Apabila terfikir tentang makanan segera pastinya ramai terfikir tentang McDonald’s dengan pelbagai menu pilihan makanan yang lazat dan enak! Tetapi dalam banyak-banyak menu pilihan yang terdapat di McDonald’s, perasan tak menu Filet-O-Fish sentiasa ada di dalam senarai rangkaian menu makanan popular yang lain.

IKLAN

Menu Filet-O-Fish yang merupakan roti sandwich ikan goreng ini sentiasa ada di senarai makanan bar kaunter dan telah menjadi menu tetap di McDonald’s sejak tahun 1960 lagi.

Tidak kiralah musim promosi atau tidak, menu Filet-O-Fish tetap setia tertera dalam senarai menu di kaunter McDonald’s.

Kenapa agaknya, McDonald’s masih mengeluarkan menu Filet-O-Fish yang kurang popular berbanding menu makanannya yang lain. Mungkin terdapat kisah unik di sebalik kewujudan menu burger ikan goreng ini.

Filet-O-Fish Untuk Penganut Agama Katolik?

Foto – Smith Sonian Magazine

Siapa sangka di sebalik kewujudan menu tetap Filet-O-Fish di McDonald’s ini sebenarnya adalah untuk pelanggan yang merupakan penganut agama katolik yang tidak dapat memakan daging pada hujung minggu.

Di Sebalik Sejarah

Kembali menerusi sejarah perjalanan McDonald’s, Lou Groen mula bekerja seawal usinya 17 tahun dan menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai jenis kerja sebelum berjaya membuka restaurannya sendiri dan menjadi presiden Cincinnati Restaurant Group.

Foto – Biz Journals (Lou Groen)

Menerusi jawatan yang di sandangnya membantu dirinya untuk berhubung dengan Ray Kroc yang merupakan tulang belakang McDonald’s. Menerusi bantuan dari Kroc, Groen dapat membuka restauran francaisnya yang merupakan restauran pertama McDonald’s pada tahun 1959.

Restauran McDonald’s yang pertama tersebut terletak di kawasan Ohio pada tahun 1959, restauran ini terletak di kawasan lebih kurang 87 peratus penduduknya adalah pengikut agama katolik. Dan kebanyakan penganut agama katolik ini tidak makan daging pada hari Jumaat melainkan menu ikan.

Demi Meneruskan Perniagaan, Terciptalah Menu Veggie-Friendly

Foto – seabassfish.com

Oleh kerana restauran McDonald’s yang pertama terletak di kawasan dengan majoriti penduduknya adalah pengikut agama katholik, Groen mula menghadapi cabaran besar di mana restaurannya tidak mendapat keuntungan jualan bermula pada hari Jumaat.

IKLAN

Ini adalah kerana majoriti penduduk di Ohio pada ketika itu menganuti agama katolik, yang mana mereka tidak akan makan daging pada hari Jumaat melainkan menu ikan sahaja. Dan di restauran McDonald’s pada ketika itu tidak mempunyai menu veggie-friendly yang merupakan masalah utama kemerosotan perniagaan pada waktu itu.

Mula Mencari Jalan Penyelesaian

Foto – USA Today (Lou Groen)

Dengan cabaran yang dihadapi, Groen mula mengusulkan cadangan kepada Kroc untuk mengeluarkan menu makanan berasaskan makanan laut seperti mana restauran lain (Big Boy Restaurant) mula beralih kepada sandwich ikan dan menu tersebut mendapat tempat di kalangan pelanggan yang beragama katolik.

Idea Burger Ikan Mendapat Tentangan

Groen mula mengusulkan cadangan untuk menghasilkan burger ikan kepada Kroc tetapi mendapat tentangan dan bercadang untuk membuat pertandingan di antara burger ikan ciptaannya dengan burger Hula hasil ciptaan Kroc yang merupakan roti burger tanpa daging bersama nenas dan juga keju di atas roti ban sejuk.

Burger Ikan Mendapat Pengikhtirafan!

Foto – New York Post

Menerusi pertandingan yang juga ujikaji antara dua burger tersebut, lebih dari 350 burger ikan berjaya di jual pada hari Jumaat tersebut. Dan Kroc mengakui bahawa Groen memenangi pertaruhan tersebut dan menu Filet-O-Fish menjadi menu tetap hidangan di McDonald’s sehingga ke hari ini.

Hasil Burger Ikan Murah Dan Sedap Dimakan

Foto – Sora News24

Dengan kejayaan menempatkan menu burger berasaskan ikan di restauran McDonald’s, Kroc ingin burger tersebut di jual pada harga 25 sen. Dan burger ikan pada ketika itu menggunakan ikan halibut yang membuatkan kos burger tersebut di jual 30 sen pada waktu itu.

Oleh itu, Groen mengubahsuai resepi dengan menggantikan ikan yang lebih murah pada ketika itu iaitu ikan kod dengan meletakan kepingan keju sebagai penambah rasa beserta sos tartar. Dan sejak dari itu, perniagaannya pada hari Jumaat kian meningkat naik.

A show of hands if Filet-O-Fish is your fav!

Posted by McDonald's on Sunday, August 25, 2013

Sehingga hari ini menu burger ikan tetap ada dalam senarai menu makanan McDonald’s yang lain dan menjadi menu pilihan makanan bagi penganut agama yang tidak boleh memakan daging pada hari-hari tertentu.

Tidak di nafikan penghasilan menu Filet-O-Fish adalah untuk pelanggan katolik yang mana restauran McDonald’s yang pertama di bina di kawasan majoriti penganut katolik. Tetapi kini menu ini juga telah menjadi menu pilihan buat si penggemar menu ikan!

Rujukan: 1, 2, 3, 4