Di usia muda, Kylie Jenner berjaya bergelar billionaire melalui empayar kosmetiknya Kylie Cosmetics.
Status itu menyebabkan dia harus mendapatkan khidmat pengawal peribadi atas urusan keselamatan. Dan anda rasa berapa ibu Stormi Webster ini berhabis untuk keselamatan sahaja setiap bulan?
Caitlyn Jenner yang merupakan bapa kepada Kylie mendedahkan berapa anak perempuannya itu belanja untuk kos keselamatan setiap bulan. Menurut Caitlyn, Kylie bayar sekitar $300,000 hingga $400,000 sebulan untuk keselamatan dan miliki pengawal menjadi norma dalam kehidupan mereka.
“Saya boleh katakan Kylie menghabiskan sebanyak $300,000 hingga $400,000 sebulan untuk kos keselamatan saja. Ya satu tan wang yang sangat banyak,” jelas Caitlyn.
Caitlyn menambah, walaupun dia sedih memikirkan bagaimana anak-anaknya memerlukan pengawal untuk pergi ke mana-mana, tapi Kendall dan Kylie sudah biasa dan rasa lebih selamat dengan adanya pengawal bersama.
Kris Jenner sebelum ini ada menyatakan bahawa selepas rompakan di Paris, seluruh keluarga mengubah pendekatan mereka untuk hidup dan berkongsi kehidupan di media sosial.
“Bukan sahaja kami kini mempunyai unit keselamatan yang sangat banyak – di mana mereka dari syarikat yang berpengalaman dengan senjata, tetapi gaya hidup yang dipaparkan di media sosial juga kami cuba terhadkan, apa yang kami tunjuk, apa yang kami lakukan, semua itu memberi peluang kepada orang luar untuk bertindak jahat, ” kata Kris.
Harta mereka terlalu banyak, jadi tidak hairan mereka dikelilingi individu bersenjata ke mana sahaja.