Kesihatan

“Dijangkiti HIV Tidak Semestinya Hidap AIDS” – Pakar Jelas Perbezaan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
“Dijangkiti HIV Tidak Semestinya Hidap AIDS” – Pakar Jelas Perbezaan

Berapa ramai yang tahu tentang HIV dan AIDS? Adakah ia merupakan penyakit yang sama atau sebalik? HIV dan AIDS apa perbezaannya? Tahukah jika anda dijangkiti HIV, anda tidak semestinya mengalami AIDS?

IKLAN

HIV adalah virus yang merosakkan sistem imuniti tubuh manakala AIDS adalah keadaan yang disebabkan oleh HIV, dan dianggap sebagai tahap akhir daripada HIV.

Foto – Women Health

HIV Adalah Virus, AIDS Satu Penyakit

HIV adalah singkatan Human Immunodeficiency Virus. HIV hanya menjangkiti manusia dan menyerang sistem imuniti tubuh, membuatkan imuniti tubuh tidak dapat bekerja dengan efektif seperti asal. AIDS pula Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit), merupakan keadaan atau sindrom yang berkembang setelah jangkitan jangka panjang HIV. Erti kata mudah kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.

Pesakit AIDS memiliki sistem imuniti tubuh yang sangat lemah, dan mudah dijangkiti penyakit seperti tuberkulosis, pneumonia, jenis kanser tertentu, dan jangkitan lainnya.

Cara HIV Merebak

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. HIV boleh merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut), penagih berkongsi jarum dan alat suntikan, pemindahan darah dan orang yang tercemar dengan virus HIV serta ibu yang ditelah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.

Foto – Aids

HIV Tidak Boleh Merebak

Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS, barkongsi kemudahan awam, berkongsi perkakas dan makanan, bersin, batuk, berpeluh atau kencing serta gigitan nyamuk.

Seseorang Boleh Menghidap HIV Tanpa AIDS

HIV adalah virus, dan AIDS adalah satu penyakit yang berlaku disebabkan oleh HIV. Disebabkan itu, anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa memiliki AIDS. Sebenarnya, sistem imuniti tubuh tidak dapat sepenuhnya menghilangkan HIV, tetapi dapat mengawalnya untuk waktu yang lama, sehingga 10 tahun, atau mungkin lebih dengan kemajuan baru dalam rawatan.

Meskipun anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa mengalami AIDS, sesiapa yang didiagnosis dengan AIDS sudah tentu memiliki HIV. Akan tetapi, disebabkan terapi anti-retroviral (ART), kebanyakan penghidap jangkitan HIV hidup selama bertahun-bertahun lamanya sebelum berkembang ke AIDS, atau malah tidak mendapat AIDS sama sekali.

Foto – The Independent

Kenal Pasti Simptom HIV

HIV biasanya menyebabkan simptom seperti demam, selesema, batuk, sakit tekak, letih, ruam, sakit sendi, sakit otot,  sakit kepala sekitar dua hingga enam minggu setelah terkena jangkitan kuman HIV. Jangka waktu ini pendek dan disebut sebagai jangkitan akut. Sistem imuniti tubuh membolehkan jangkitan tersebut tetap terkawal dan dapat bertahan hingga bertahun-tahun, orang yang dijangkiti mungkin langsung tidak mengalami simptom.

IKLAN

Keadaan ini bergantung kepada sistem imumiti individu juga, sama ada kebal atau tidak. Ketika seseorang telah berkembang daripada jangkitan HIV ke AIDS, ia biasanya menderita beberapa simptom AIDS yang berbeza-beza.

HIV Didiagnosis Dengan UJian Mudah, AIDS Lebih Rumit

Ketika dijangkiti HIV, sistem imuniti tubuh anda akan menghasilkan antibodi yang melawan virus. Ujian darah atau air liur dapat mengesan antibodi dan menentukan sama ada anda dijangkiti atau tidak. Meskipun begitu, ujian ini hanya efektif untuk beberapa minggu setelah jangkitan.

Ujian lain pula bertujuan mencari antigen yang merupakan protein yang dihasilkan oleh virus HIV. Ujian ini dapat mengenal pasti HIV hanya beberapa hari setelah jangkitan. Kedua-dua ujian tepat dan mudah untuk dijalankan.

Foto – Mauritious

AIDS adalah tahap akhir daripada jangkitan HIV. Terdapat beberapa faktor yang menentukan bila diagnosis seseorang berubah daripada HIV biasa kepada AIDS. Contohnya, jumlah sel-sel tertentu dalam sistem imun. Orang yang tidak memiliki HIV boleh memiliki daripada sekitar 500 hingga 1,200 sel CD4. Ketika sel tersebut menurun hingga 200, penghidap HIV dianggap telah memiliki AIDS.

Faktor lain yang menunjukkan keadaan AIDS adalah kehadiran jangkitan oportunistik. Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteri yang tidak akan membuat orang yang memiliki sistem imuniti yang normal menjadi sakit seperti tuberkulosis, kanser, dan pneumonia.

Jangka Hayat HIV Dan AIDS

Setelah HIV berkembang menjadi AIDS, jangka hayat pesakit menurun secara signifikan Membaiki kerosakan pada sistem imun tubuh adalah sangat sukar. Terdapat beberapa komplikasi umum akibat kerosakan sistem imun yang teruk seperti jangkitan dan kanser yang mengancam nyawa penderita AIDS.

Foto – Women Health

Tanpa rawatan, pesakit menghidap AIDS biasanya bertahan selama sekitar 3 tahun. Setelah dijangkiti penyakit oportunistik berbahaya, harapan hidup tanpa rawatan berkurang hingga sekitar 1 tahun. Walaubagaimanapun, kemajuan baru dalam rawatan membolehkan jangka hayat penghidap AIDS ditingkatkan.

Dah jelas sekarang. Pastikan anda semua menjalani gaya hidup sihat dan dijauhi kesihatan yang memudarat.

RUJUKAN : 123