Keibubapaan

Tips Dan Kelebihan Menabung Untuk Anak Seawal 6 Bulan Di Tabung Haji

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Tips Dan Kelebihan Menabung Untuk Anak Seawal 6 Bulan Di Tabung Haji

Menabung untuk anak seawal enam bulan dari usia kelahiran akan memberi manfaat dan kelebihan yang baik untuk masa depan anak. Tambahan lagi pastinya ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing bukan. Lalu tempat menabung yang manakah terbaik untuk menyimpan untuk anak dan sekaligus menjadi instrumen pelaburan jangka masa panjang.

IKLAN

Untuk kupasan kali ini wanista tampilkan perkongsian dan pengalaman seorang ibu muda yang mula menabung untuk anaknya seawal 6 bulan dan di mana pilihan tempat menabung tersebut. Semuanya ada di bawah.

Nursha Salleh berkongsi tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji, di mana dengan menabung seawal usia anak 6 bulan. Apabila anak telah berusia 17 tahun nanti, anak akan memiliki wang simpan lebih RM10,000! Ini tips perkongsiannya.

Menabung RM1 Sehari Di Tabung Haji

Foto – Maskulin
  1. Buka akaun Tabung Haji anak dengan jumlah deposit RM100. Ibu bapa boleh membuka akaun untuk anak seawal 6 bulan.
  2. Simpan duit anak secara konsisten atau tetap dalam Tabung Haji anak dengan nilai RM1 sehari atau RM30 sebulan.
  3. Lakukan kaedah direct debit untuk memudahkan urusan transaksi. Ibu bapa boleh membuat penolakan duit ke dalam akaun anak menerusi direct debit dan tidak perlu lagi pergi ke kaunter Tabung Haji.
  4. Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat penolakan atau potongan gaji setiap bulan untuk menyenangkan urusan penyimpanan duit ke akaun Tabung Haji anak.
  5. Selepas anak berusia 17 tahun, akaun anak sudah mempunyai simpanan berjumlah RM10,000. Dengan jumlah sedemikian, ia memudahkan urusan persediaan anak untuk melanjutkan pengajian!
  6. Contoh pengiraan dan simpanan terkumpul selepas anak berusia 17 tahun:

Nilai Prinsipal: RM6220.00

Nilai Dividen: RM4706.00

Jumlah Simpanan: RM10,926.00

Dengan menabung secara awal untuk anak, ibu bapa tidak perlu risau tentang perbelanjaan yang banyak untuk anak di kemudian hari. Jadi golongan ibu bapa terutama pasangan yang baru mendirikan rumah tangga harus merancang masa depan anak dari sekarang, agar dapat menyenangkan urusan anak di masa akan datang.

Kelebihan Menyimpan Di Tabung Haji

Foto – bidadari.my

Modal Yang Rendah

Membuka akaun di Tabung Haji tidak memerlukan modal yang besar dan kadar penyimpan untuk sehari sahaja sangat murah.

Modal Simpanan Dijamin

Konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan). Di mana pendeposit atau penyimpan memberi wang kepada Tabung Haji untuk di simpan.

IKLAN

Manakala Tabung Haji sebagai penjaga bersetuju untuk menjaga wang tersebut dan dalam masa yang sama, pendeposit memberi keizinan kepada Tabung Haji untuk menggunakan atau meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.

Pemberian Dividen Dan Bonus

Menerusi kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah, di mana pendeposit memberi kebenaran kepada Tabung Haji untuk menggunakan atau meminjam wang pendeposit bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.

Dari situlah keuntungan yang diperolehi dibuat dan pengagihan keuntungan dilakukan atas budi bicara Tabung Haji.

Tabung Haji Bayarkan Zakat Simpanan

Jika membuka akaun dan menyimpan di Tabung Haji, pendeposit tidak perlu mengeluarkan zakat simpanan kerana telah dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji.

Patuh Syariah

Tabung Haji memastikan setiap pelaburan dan perniagaan yang dibuat adalah patuh syariah. Oleh itu, pendeposit tidak perlu berasa bimbang dengan status patuh syariah Tabung Haji.

Jadi ibu bapa tidak perlu risau untuk menyimpan duit untuk anak-anak di Tabung Haji kerana kriteria-kriteria yang terdapat pada Tabung Haji memberikan banyak manfaat dan kebaikan baik untuk simpanan diri mahupun untuk anak-anak.

Jom mula menabung sekarang!

Rujukan: 1, 2, 3, 4