Kesihatan

Mana Bagus Untuk Kesihatan, Telur Separuh Masak Atau Telur Rebus?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Mana Bagus Untuk Kesihatan, Telur Separuh Masak Atau Telur Rebus?

Telur merupakan makanan ruji yang diambil ketika waktu sarapan pagi, meskipun terdapat pelbagai menu yang boleh di jadikan pilihan sebagai sarapan pagi tetapi rata-rata ramai orang gemar memilih telur sebagai pilihan utama untuk sarapan pagi mereka.

IKLAN

Jika di lihat rakyat di Malaysia gemar memakan telur rebus atau telur separuh masak bersama roti, lada putih dan cuka atau kicap. Tapi antara kedua-dua jenis telur ini yang mana satu bagus untuk kesihatan.

Mungkin dari mata pandangan mata kasar perbezaan yang dapat di lihat adalah masa yang di perlukan bagi memasak telur rebus dan telur separuh masak.

Tapi adakah itu sahaja, bagaimana kita mahu mengenalpasti yang mana satu lebih baik untuk kesihatan diri. Pastinya kita bukan saja mahu perut berasa kenyang di pagi hari tetapi dalam masa yang sama, berharap makanan yang di makan dapat memberikan khasiat dan menjana kesihatan diri juga.

Fakta Telur Rebus

Foto – Spark People

Telur rebus mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi, sebiji telur rebus yang besar mempunyai berat sebanyak 50gram dan di dalam telur rebus tersebut ia mengandungi nutrisi seperti:

  • Kalori: 77
  • Karbohidrat: 0.6 gram
  • Jumlah lemak: 5.3 gram
  • Lemak tepu: 1.6 gram
  • Lemak mono tak tepu: 2.0 gram
  • Kolesterol: 212 mg
  • Protein: 6.3 gram
  • Vitamin A: 6% (jumlah yang disarankan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA)
  • Vitamin B2 (riboflavin): 15% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B12 (cobalamin): 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B5 (pantothenic acid): 7% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Phosphorus: 86 mg atau 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Selenium: 15.4 mcg atau 22% (jumlah yang disarankan oleh RDA)

Telur rebus sememangnya sangat kaya dengan sumber nutrisi yang bagus buat manusia. Telur rebus juga memiliki vitamin D, zinc, dan kalsium yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan manusia.

Fakta Telur Separuh Masak

Foto – The Sprunce Eats

Telur separuh masak juga memiliki khasiat dan protien yang tersendiri dan rata-rata ramai orang gemar memakan telur separuh masak di waktu pagi sebelum memulakan pekerjaan. Antara khasiat dan protien yang di miliki dalam telur separuh masak ini adalah:

  • Kolesterol: 186 mg
  • Karbohidrat: 49 gram
  • Jumlah lemak: 65 gram
  • Lemak tepu: 432 gram
  • Sodium: 122 mg
  • Potasium: 55 mg
  • Serat: 0 gram
  • Gula: 49 gram
  • Protien: 51 gram

Menu telur separuh masak sangat popular di kalangan rakyat Malaysia terutama di waktu pagi, dengan tekstur telur yang lembut dan lazat menjadi pilihan ramai.

Telur Rebus Vs Telur Separuh Masak Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan

Foto – Wanista

Di antara telur rebus dan telur separuh masak ini, kedua-duanya mengandungi khasiat dan sumber nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Dan kebaikan yang diberikan oleh kedua-dua jenis telur ini hampir sama jadi bagaimana hendak membuat perbandingan? Mari kita lihat khasiat atau manfaat yang diberikan oleh telur rebus dan telur separuh masak serta apakah kesan buruk yang terdapat pada telur tersebut.

IKLAN

Khasiat Telur Rebus

Foto – Inspired Taste

Menjaga Kesihatan Mata

Manfaat memakan telur rebus dari segi kesihatan adalah ianya baik untuk kesihatan mata dan pengambilan telur rebus secara rutin akan memberikan banyak karotenoid yang mana ia memainkan peranan penting bagi melindungi mata dari masalah penurunan fungsi penglihatan.

Kuku Menjadi Sihat Dan Kuat

Telur rebus juga mengandungi sumber vitamin D, mineral dan anti oksidan yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.

Meningkatkan Kesihatan Otak

Pengambilan telur rebus juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak, ini adalah kerana telur rebus memiliki sumber choline yang baik iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dan telur rebus juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

Baik Untuk Tulang

Mahukan tulang yang sihat dan kuat, makanlah telur rebus. Telur rebus yang kaya dengan vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah. Dan mengambil telur rebus secara rutin juga dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.

Melancarkan Saluran Darah

Telur rebus dapat membantu kesihatan jantung dan mencegah saluran pembuluh darah menjadi beku atau tersumbat serta pengambilan telur rebus juga dapat mengelak dari berlakunya serangan strok.

Mampu Mencegah Risiko Kanser Payudara

Telur rebus sangat bagus untuk para wanita untuk menjaga kesihatan payudara, ini adalah kerana telur rebus dapat membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.

Boleh Menurunkan Berat Badan

Tahu tak dengan memakan telur rebus secara rutin dapat membantu menurunkan berat badan secara berkesan. Selain mengandungi kalori dan protein yang bagus untuk diet, kamu tidak perlu tentang kehilangan nutrisi dari makanan.

Khasiat Telur Separuh Masak

Foto – Healthy Recipes

Bagus Untuk Diet

Telur separuh masak juga bagus untuk amalan diet kerana mengandungi asid amino dan protein yang tinggi yang dapat memberi bekal tenaga kepada tubuh.

Anti Penuaan

Siapa sangka makan telur separuh masak dapat bertindak sebagai agen anti penuaan, ini kerana telur separuh masak mengandungi karotenoid yang dapat membantu melindungi tubuh dari penuaan.

Membina Otot

Telur separuh masak juga dapat membantu membina otot dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta bertenaga.

Mencegah Anemia

Salah satu penyakit darah yang sering di dapati pada manusia adalah anemia, penyakit anemia berlaku kerana darah kekurangan vitamin B12 dan untuk mencegah berlakunya penyakit ini, telur separuh masak dapat membantu membekalkan sumber vitamin B12!

Meningkatkan Metabolisma Dan Sistem Imun Diri

Kandungan asid amino di dalam telur separuh masak dapat membantu meningkatkan sistem imun diri dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan metabolisma di dalam tubuh manusia.

Keburukan Telur Rebus Dan Telur Separuh Masak

Foto – Film School Rejects

Telur Rebus

Telur rebus adalah hidangan yang bersifat rendah kalori tetapi kaya kandungan protein, sebaiknya makan telur rebus tanpa sebarang dressing seperti minyak atau mentega agar ia kekal sebagai menu makanan yang rendah kalori.

Telur Separuh Masak

Manakala bagi telur separuh masak pula, ia mempunyai beberapa kandungai yang tidak baik seperti:

  • Sumber Avidin – yang boleh menyebabkan alahan dan gatal-gatal bagi sesetengah orang
  • Bakteria Samnonella – telur separuh masak mengandungi bakteria salmonella di mana ia boleh menyebabkan masalah penghadaman
  • Ovomucoid – merupakan protein jahat yang akan memberi kesan terhadap sistem pernafasan dan kulit
Foto – Sumo Pet

Telur mengandungi khasiat yang tersendiri, cuma cara penyediaan hidangan seperti telur rebus dan telur separuh masak masing-masing mempunyai fungsi yang di perlukan oleh tubuh badan manusia.

Jaga pemakanan yang betul dan pilih menu yang seimbang akan membekalkan kesihatan yang bagus untuk diri kita semua. Jadi antara telur rebus dan telur separuh masak, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri.

Buat pilihan yang bijak untuk kesihatan diri!

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,