Hiburan

The Pussycat Dolls Kembali Bersatu Untuk Konsert Jelajah Tahun 2020

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
The Pussycat Dolls Kembali Bersatu Untuk Konsert Jelajah Tahun 2020

The Pussycat Dolls mengumumkan bakal membuat konsert jelajah pada tahun depan di United Kingdom dan Ireland setelah 10 tahun menyepi kerana masing-masing mahu bergerak secara solo.

IKLAN

Band wanita popular ini di anggotai oleh enam wanita hebat iaitu Nicole Scherzinger, Ashley Roberts, Kimberly Wyatt, Carmit Bachar, Jessica Sutta dan Melody Thornton.

Di fahamkan untuk konsert jelajah pada tahun depan, ia akan berjalan tanpa Melody Thornton dan The Pussycat Dolls tampil sebagai lima ahli kumpulan untuk konsert jelajah berkenaan.

Foto – When In Manila

Pertemuan semula antara kelima-lima anggota kumpulan The Pussycat Dolls ini pastinya di tunggu-tunggu oleh peminat setelah sedekad khabar angin berputar mengenai perbubaran kumpulan popular berkenaan kerana posisi Nicole yang dominan dalam studio rakaman dan juga di pentas nyanyian.

Dapat Inspirasi Dari Spice Girls

Kumpulan The Pussycat Dolls membuat keputusan membuat konsert jelajah selepas mendapat inspirasi dari kumpulan Spice Girls yang telah berjaya membuat konsert jelajah pada awal tahun ini.

Melihat kejayaan dan masih ramai peminat yang sanggup hadir ke konsert kumpulan Spice Girl, membakar semangat anggota kumpulan The Pussycat Dolls untuk turut berkumpul kembali dan membuat konsert jelajah pada tahun depan.

Foto – ft.com

Melihat betapa hebatnya anggota Spice Girls, Melanie Brown, Emma Bunton, Geri Horner dan Melanie Chisholm membuat pertemuan semula menerusi konsert jelajah.

Ia memberi inspirasi dan motivasi untuk berkumpul bersama anggota The Pussycat Dolls dan melakukan konsert jelajah” jelas Ashley.

Konsert Jelajah Pada Bulan April 2020 Nanti!

Foto – People via Getty Images

Konsert jelajah The Pussycat Dolls ini bakal berlangsung pada bulan April 2020 tahun depan. Band wanita popular ini berkumpulan bertemu semula selepas 10 tahun membawa diri masing-masing dengan meneruskan kerjaya sebagai artis solo.

IKLAN

Tiket untuk konsert jelajah The Pussycat Dolls ini akan mula di jual bermula pada 1 Disember 2019 ini nanti. Bagi peminat yang ingin menghadiri konsert band popular di United Kingdom dan Ireland pada tahun depan bolehlah bersiap sedia menyimpan wang yang cukup!

Rujukan