Kesihatan

Betul Ke Muda-Muda Dah Pekak Sebab Banyak Sangat Pakai Earphones

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Betul Ke Muda-Muda Dah Pekak Sebab Banyak Sangat Pakai Earphones

Sedar tak kadang-kadang tu telinga kita tak dengar pun ada orang sedang memanggil-manggil diri kita. Yang kita pula terlalu asyik mendengar lagu tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kalau jarak diantara diri kita dan orang yang memanggil diri kita tu jauh mungkin logik jika kita tak dengar dan tak perasan panggilan tersebut.

IKLAN

Tapi lain pula ceritanya jika orang yang memanggil-manggil diri kita itu berada sangat dekat dengan kita dan telinga kita tetap tidak mendengar sahutan tersebut, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan pendengaran kita.

Foto – The Verge

Adakah ini kesan dari pemakaian earphone secara kerap dan mendengar muzik terlalu kuat sehingga menyebabkan telinga tidak lagi berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Banyak persoalan-soalan bermain di minda, ya lah penggunaan earphone bukan saja telah menjadi trend malah ia juga menjadi alat yang wajib di guna pakai oleh generasi muda masa kini.

Earphone Dan Remaja

Foto – NBC News

Generasi muda masa kini gemar memakai earphone untuk mendengar muzik, bermain permainan dan menonton video di telefon pintar mereka. Pemakaian earphone setiap hari dan setiap jam, minit dan saat akan menjejaskan pendengaran sendiri.

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks bahawa peranti earphone ini akan memberi kesan yang negatif untuk jangka masa panjang pada telinga.

Individu yang menggunakan earphone dengan volume yang nyaring atau kuat boleh menyebabkan pendengaran diri merosot dan masalah pendengaran adalah bersifat kekal. Sebab itu, penting untuk kita semua berwaspada apabila menggunakan earphone ini.

Remaja Berusia 12 Tahun Ke Atas Berisiko Alami Masalah Pendengaran – WHO

Foto – Shutter Stock

Pertubuhan Kesihatan Dunia (who) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi.

Jadi tidak hairan mengapa ramai generasi muda masa kini mengalami masalah pendengaran kerana penggunaan earphone yang berlebihan sehingga menyebabkan hilang pendengaran. Untuk makluman, telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.

IKLAN

5 Penyakit Datang Kerana Guna Earphone!

Foto – Shutter Stock

#1 Hilang Pendengaran

Ramai golongan muda gemar mendengar bunyi yang terlalu kuat di telinga dan ini akan menyebabkan sistem pendengaran menjadi pekak. Menurut kajian, mendengar bunyi yang kuat menerusi earphone melebihi 100 desibel selama 15 minit, gegendang telinga secara perlahan-lahan akan menjadi rosak.

#2 Jangkitan Pada Telinga

Menggunakan earphone secara kerap dan gemar berkongsi earphone bersama kawan-kawan akan menyebabkan telinga mudah di jangkiti bakteria. Euww!

Foto – The Verge

#3 Guna Earphone Jenis Earbud

Pasti ramai yang gemar menggunakan earphone yang berbentuk earbud atau yang jenis sumbat ke dalam telinga. Tapi tahu tak earphone jenis ini akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada telinga kerana ianya akan menyebabkan tekanan yang sangat tinggi pada gegendang telinga dan jangkitan bakteria juga akan mudah berlaku.

#4 Telinga Hilang Kekenyalan

Menggunakan earphone berlebihan akan menyebabkan kekenyalan pada gegendang telinga berkurangan dan diri akan berasa tidak selesa apabila mendengar segala bunyi di persekitaran. Jika ini berlaku ke atas telinga kamu, bermakna gegendang telinga sudah hilang kekenyalannya.

#5 Boleh Menyebabkan Otak Rosak

Siapa sangka memakai earphone secara kerap atau berlebihan akan membuatkan otak jadi rosak. Earphone menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbahaya kepada telinga dengan penggunaan yang tidak terkawal, ia akan merosakan saraf otak.

Tips Elak Jadi Pekak Di Usia Muda

Foto – Shutter Stock

#1 Guna Volume Tidak Lebih 60 Peratus

Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah agar tidak merosakan gegendang telinga.

#2 Rehatkan Telinga Selepas Sejam Guna Earphone

Selepas menggunakan earphone selama sejam, keluarkan earphone dari telinga dan biarkan telinga kamu rehat seketika. Untuk menggunakan earphone sejam sehari mungkin ia agak sukar di lakukan. Oleh itu, setiap sejam penggunaan earphone, kamu harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

#3 Terhadkan Penggunaan Earphone

Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga. Dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Foto – Stocksy United

#4 Guna Headphone Sebagai Ganti

Gantikan penggunaan earphone kepada headphone. Headphone tidak menghantar getaran secara terus ke dalam gegendang telinga dan pemakaian headphone hanya di luar telinga dan tidak menjejaskan saluran telinga.

#5 Elak Guna Earphone Di Persekitaran Yang Bising

Persekitaran yang bising akan membuatkan kita menguatkan volume earphone di telinga dan tindakan ini adalah tidak bagus untuk kesihatan telinga. Jika tempat persekitaran kamu sememangnya bising, kamu boleh mencari noise cancelling headphone.

Headphone jenis ini sangat popular di kalangan DJ dan jurutera bunyi serta sesuai di gunakan bagi persekitaran yang bising.

Jaga telinga kamu jika tidak ingin kehilangan pendengaran di usia muda!

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5