Berita & Isu Semasa

Instagram Tutup Lebih 100 Akaun Bintang Porno!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Instagram Tutup Lebih 100 Akaun Bintang Porno!

Penggunaan sosial media kian berkembang dari hari ke sehari dan rata-rata yang menggunakan flatform ini datangnya dari pelbagai latar belakang, bidang pekerjaan dan sosio masyarakat. Kuasa sosial media semakin kuat sebagai medium bagi menjana pendapatan, menaikan populariti mahupun sekadar berkongsi moment abadi menerusi akaun sosial media yang di miliki.

IKLAN

Antara penggunaan sosial media yang semakin popular pada masa ini adalah Instagram, tidak dapat dinafikan betapa hebatnya kuasa serta pengaruh Instagram kepada pengguna.

Instagram menjadi platform atau medium yang penting kepada pengguna sosial media dan ia juga merupakan medium utama bagi pelbagai industri sedia ada seperti industri perfileman, makanan, perhotelan, hiburan, politik, ekonomi, pendidikan dan termasuklah industri pornografi.

Lebih 100 Akaun Instagram Bintang Porno Ditutup

Foto – Glenn Francis

Menyentuh mengenai pornografi, Instagram menjadi flatform bagi bintang porno berkongsi foto-foto yang ‘soft-core’ dan membina jenama sendiri. Tetapi malang akaun-akaun milik bintang-bintang porno ditutup atau dipadam oleh pihak Instagram dan kini telah lebih dari seratus akaun bintang porno di tutup.

Presiden Adult Performers Actor Guild, Alana Evans melancarkan kempen menentang anti bintang porno berkongsi kenyataannya terhadap penutup lebih seratus akaun Instagram milik bintang porno.

Mereka memberi layanan yang berbeza kepada kami kerana mereka tidak menyukai apa yang kami lakukan untuk menyara kehidupan kami” jelas Alana.

Meski akaun milik bintang-bintang porno yang bekerja dalam industri ini tidak berkongsi sebarang foto atau video yang mempunyai elemen seks atau nudity. Lebih kurang 1,300 yang bekerja dalam industri pornografi ini menyatakan bahawa pihak moderator kandungan Instagram telah menutup akaun mereka.

IKLAN

Periuk Nasi Bintang Porno Terjejas!

Salah seorang bintang porno dan juga aktivis bagi hak pekerja seks, Ginger Banks mengadu nasib terhadap apa yang dilakukan oleh pihak Instagram.

Foto – Yahoo News

Apabila akaun telah ditutup, peminat dan rangkaian perniagaan yang selama ini dibina terputus.

Bayangkan, kamu perlu menghabiskan masa dan tenaga untuk membina akaun dengan jumlah pengikut 300,000 dan secara tiba-tiba akaun tersebut ditutup. Ia membuatkan kamu rasa tertindas.

Meskipun, kamu telah mengikuti segala peraturan akaun kamu tetap akan ditutup dan ianya sangat mengecewakan.

Masyarakat yang membuat laporan mengenai kami tidak memahami bahawa pendapatan kami terjejas atau sebenarnya mereka tidak kisah.

Mereka berfikir yang kami tidak sepatutnya melakukan pekerjaan ini atau ia tidak patut wujud.

Saya tidak pernah memuat naik gambar-gambar yang tidak senonoh di Instagram. Bayangkan gambar saya memakai legging pun boleh di anggap provokatif dan ekstrem bagi sesetengah orang dan ianya berbaloi untuk dilaporkan” jelas Ginger Banks.

Kenapa Pihak Instagram Menutup Akaun Mereka?

Pelbagai isu hangat dan berbangkit tercetus gara-gara akaun-akaun bintang porno ditutup oleh pihak Instagram. Facebook yang merupakan pemilik Instagram memberi penjelasan menerusi temubual bersama BBC News mengenai isu ini

Foto – Sosial Media Explorer

Pihak moderator tetap menutup akaun mereka kerana melanggar standard komuniti di Instagram. Mereka harus meletakan peraturan bagi kandungan seksual dan nudity demi memberi kandungan yang sesuai untuk semua orang terutama bagi orang-orang muda.

Kami akan mengambil tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan kepada kami jika ia melanggar peraturan yang di tetapkan. Kami juga memberi peluang kepada pengguna untuk rayuan terhadap keputusan yang telah di buat dan akan menyiarkan semula kandungan tersebut jika kami tersalah menyingkirkan sesuatu.”

Apa pandangan anda, patut tak akaun bintang-bintang porno ini ditutup?

Rujukan