Jika anda ingin mencari pakaian dalam yang fun, playful, dan lari daripada kebiasaan, jenama ini yang terbaik!
Model berbadan besar Felicity Hayward baru sahaja melancarkan koleksi pakaian dalam bersama Playful Promises.
Felicity Hayward x Playful Promises
Bukan biasa-biasa, pakaian dalam terdiri dalam pelbagai reka bentuk dengan lebih 70 saiz – di mana bra terdiri dari A ke K, manakala girdles, jumpsuits, suspender belts boleh didapati dalam saiz 8 hingga 26.
Felicity Hayward bekerjasama dengan Playful Promises yang berpusat di London kerana dia percaya jenama itu berkongsi dalam menyampaikan mesej dan tujuan yang sama sepertinya, mempromosi positivity tubuh badan.
Jenama mencipta helaian yang digambarkan sebagai “unik, menggoda dan sedikit kotor’. Koleksi menawarkan 85 saiz bra dan satu-satunya perubahan yang mereka buat untuk mereka yang mempunyai payudara besar, diperkuat dengan bands/belakang dan tali tebal untuk memastikan sokongan yang utuh.
“Saya ingin mencipta pakaian dalam untuk semua orang, jadi tidak kira saiz atau bentuk badan, anda boleh merasa seksi. Saya sentiasa menyukai Playful Promises kerana kepelbagaian saiz, reka bentuk yang unik dan cantik yang ditonjolkan, jadi bekerjasama dengan mereka adalah satu impian cukup besar,” jelas Felicity Hayward.
Harga bermula pada £14, anda boleh dapatkan secara atas talian di [www.playfulpromises.com].
Happy Shopping!