Melancong ke negara empat musim memang seronok. Almaklumlah di Malaysia hanya panas dan lembap, jadi bila dapat merasa cuaca sejuk atau berangin, lagi pula dengan daun kuning berguguran, memang jakun sedikit.
Tapi yang tak best bila muka, tangan, badan, kaki bahkan bibir mula mengering kerana tidak dapat menahan cuaca yang mencecah sehingga negatif. Penulis sendiri punya pengalaman di mana berada di negara sejuk yang suhu mencecah -18 darjah celcius. Dengan muka sejuk dan mengetat, kulit kaki bersisik akibat kering dan bibir merekah – memang boleh rosak kulit jadinya.
Agar tidak mengulangi kesilapan yang sama, penulis senaraikan beberapa lip balm terbaik patut anda semua bawa bila melancong ke negara sejuk. Pastikan anda pakai setiap kali keluar rumah, dalam rumah – pada bila dan di mana sahaja agar bibir kekal lembap sentiasa.
Ini antara yang penulis guna dan dijamin paling terbaik!
Vaseline Lip Therapy
Penulis tidak akan keluar rumah tanpa menggunakan produk ini. Letakkan sahaja bibir untuk elak daripada kering. Ada beberapa pilihan seperti cocoa butter, creme brulee, rosy dan juga original. Kesemua memberi kesan lembapan berpanjangan, cuma rosy akan buat bibir merah merekah.
Laneige Lip Sleeping Mask
Produk ini bukan jahaja untuk melembap malah merawat juga dari khasiat Vitamin C. Ia perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya!
Fresh Sugar Tinted Lip Treatment
Mungkin harganya agak mahal tapi percayalah Fresh Lip Treatment memang bagus! Lip balm ini bukan jenis yang sementara, di mana membuatkan bibir lembap tetapi akhirnya menjadi kering selepas sejam atau lebih. Ia meninggalkan bibir lembut, dan lembap sentiasa, jadi anda langsung tidak akan kelihatan pucat dalam gambar.
Lucas Papaw Ointment
Pernah guna lip balm Lucas Papaw Ointment? Produk yang pernah laku keras selepas aktres Natalie Portman dan Lucy Hale mengakui keberkesanannya. Selain melembapkan bibir (khasiat buah betik yang ditapai adalah bahan penyembuhan utama), ia juga boleh mengubat sunburn dan luka kecil, serta gigitan nyamuk.
Burt’s Bees
Burt’s Bees antara yang terbaik. Kenapa? Campuran botanical wax dan shea butter terkenal dengan manfaatnya untuk bibir kering. Tetapi apa yang membuatkan ramai kagum dengan produk ini adalah kelembapannya. Walaupun selepas 3 jam, tetapi bibir masih terasa lembap dan lembut selama beberapa jam selepas itu.
So far lima di atas antara yang penulis guna dan bawa setiap kali pergi melancong. Pergi jauh-jauh pun kena sentiasa jaga penampilan tau!