Lepas mengeluarkan rangkaian hijab ‘Neelofar’ dan beg tangan ‘Lofar Bag’, kini artis yang juga merangkap model antarabangsa dan usahawan wanita yang berjaya ini, mula berjinak-jinak di dalam industri makanan pula!
Wanita berbakat besar ini bukan sahaja memiliki perniagaan yang kukuh dalam industri tudung dan beg tangan, kini usahawan terkenal ini mula meneroka bidang perniagaan dalam industri makanan pula.
Industri makanan merupakan bidang yang berpotensi tinggi untuk pergi lebih jauh dan produk makanan yang dihasilkan dapat di pasarkan dalam negara dan juga luar negara jika dirancang dengan betul.
Kini Neelofa secara perlahan-lahan mula menuju ke arah tersebut, dengan memperkenalkan produk keluarannya iaitu susu pisang bernama ‘Nilofa’.
https://www.instagram.com/p/B5LD3J3lYgi/
Rasa susu pisang yang lemak-lemak manis ini merupakan minuman popular dan kegemaran masyarakat Korea. Dan kini Neelofa memperkenalkan minuman popular ini di Malaysia, boleh dikatakan rata-rata pengikut Neelofa tidak sabar menunggu mendapatkan susu pisang ini menerusi stokis dan agen Neelofa di akaun Instagram dan Facebook Nilofa!
https://www.instagram.com/p/B5FZu_zFO1G/
Susu pisang ini di jual pada harga RM4.90 bagi satu pek, manakala harga untuk satu kotak pula di jual pada harga RM27 di mana di dalam kotak tersebut terdapat enam pek susu pisang yang lazat!
https://www.instagram.com/p/B5NVhYdlhE2/
Sudahlah teroka bidang makanan, kini Neelofa buka peluang pekerjaan bagi yang ingin menambahkan pendapatan diri dan keluarga dengan menjadi stokis serta agen perniagaan susu pisang ini. Ramai juga yang dah jadi stokis dan agen Neelofa ni!
Bagi yang ingin merasai minuman susu pisang dari Neelofa ini, kamu boleh menghubungi stokis atau agen penjual susu pisang Nilofa yang sah di Instagram atau di laman Facebook.