Kesihatan, Makanan

101 Khasiat! Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
101 Khasiat! Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Adakah anda sedang berjuang menurunkan berat badan, tapi perut tidak memberi kerjasama kerana sering lapar?

IKLAN

Nah, ada super food yang boleh buat anda kenyang lebih lama, iaitu edamame. Ya, manfaat makan edamame – snek yang kita makan di restoran Jepun bisa membantu anda kenyang lebih lama sekaligus menjaga nafsu makan. Meski enak dijadikan kudapan, tapi tidak ramai yang tahu edamame miliki manfaat kesihatan yang tinggi. Mempunyai tahap makanan berkhasiat tinggi, edamame adalah sumber makanan yang kaya dengan serat dan protein serta sejumlah vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Malah, kandungan protein dalam edamame jauh lebih tinggi daripada telur.

Bagus Untuk Tulang

Edamame juga berguna untuk kesihatan tulang. Ini kerana edamame mengandungi pelbagai bahan penting yang berguna untuk mengekalkan pembentukan tulang dan kepadatan seperti kalsium, besi, magnesium, dan asid folik.

Melancarkan Pencernaan

Edamame sarat dengan serat yang membantu pencernaan. Sembelit dan kembung perut yang anda alami boleh dihalang dengan memakan edamame.

Foto – Sutton Seeds

Sumber Protein

Edamame mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi. Edamame mempunyai kandungan protein 36% lebih tinggi daripada kacang soya biasa. Disebabkan itu, masyarakat Jepun menjadikannya sebagai snek sihat, malah edamame rendah lemak.

Mengurangi Risiko Penyakit Jantung

Selain melakukan senaman rutin, anda boleh mengambil makanan sihat dan salah satunya adalah edamame. Kacang soya kegilaan Jepun ini mempunyai asid lemak omega 3 dan 6. Di samping itu, kandungan antioksidan juga boleh memecah lemak terkumpul dan mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Program Diet

Bagi anda yang berada dalam program diet, maka edamame boleh dijadikan makanan ringan yang tepat. Ini kerana edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi miliki kandungan lemak yang rendah. Selain itu, edamame juga membuatkan anda merasa kenyang dan tidak mudah lapar.

Bukan sahaja ia membuatkan kita ketagih tapi edamame ternyata hebat untuk penurunan berat badan, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, malah, edamame mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kurang kalori, menjadikannya makanan ringan yang ideal.

Foto – alibaba.com

Nak menyediakan snek kudapan ini, anda hanya perlukan minyak zaitun, garam dan lada hitam untuk rasa tambahan.

IKLAN
  • 1 cawan kacang edamame
  • 1 sudu minyak zaitun
  • garam dan lada, secukup rasa

Caranya

  • Letakkan edamame dan air dalam kuali dan biarkan mendidih.
  • Keluarkan edamame. Tabur minyak, garam, dan lada hitam ikut rasa.

Jadi, daripada makan potato chips, apa kata bertukar ke edamame sebagai snek kudapan.

Selamat Beramal!