Kesihatan

Fakta Dan Mitos Tentang Sakit Mental Bipolar

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Fakta Dan Mitos Tentang Sakit Mental Bipolar

Manusia memiliki emosi yang kompleks dan sering bertukar-tukar sehingga menyebabkan  fikiran sering bercelaru. Kadang kala individu yang kelihatan normal di khalayak ramai sebenarnya mempunyai penyakit yang tersembunyi. Dan ramai sebenarnya yang tidak sedar bahawa perubahan emosi yang berlaku itu adalah satu penyakit yang di kenali sebagai gangguan bipolar.

IKLAN

Apa Itu Penyakit Bipolar?

Menurut pegawai perubatan Dr. Latif Saad, jika individu yang masalah mental dengan emosi yang sentiasa berubah-ubah di antara kemurungan dan mania ia di kenali sebagai penyakit bipolar atau gangguan kemurungan mania.

Foto – Practical Pain Management

Dr. Latif berkata bahawa kitaran emosi bipolar ini boleh berlaku dengan pantas apabila dalam minggu yang sama, emosi pesakit boleh bertukar antara murung dan mania. Dan kebanyakan pesakit tergolong dalam jenis kitaran yang lambat, atau dalam erti kata lain pesakit tersebut akan mengalami keadaan mania selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum bertukar menjadi murung.

Jenis Penyakit Bipolar

Foto – Psych Central

Bipolar memiliki dua jenis penyakit iaitu bipolar jenis satu dan bipolar jenis dua.

  • Bipolar jenis satu: Bagi pesakit yang mengalami bipolar jenis satu ini, pesakit akan mengalami mania penuh dan kemurungan di mana episod mania tersebut akan berlaku secara berterusan pada setiap hari atau lebih dari seminggu.
  • Bipolar jenis dua: Bagi pesakit yang mengalami bipolar jenis dua ini, pesakit akan mengalami tanda hipomania yang bererti pesakit mengalami simptom mania yang sedikit. Selain itu, pesakit juga mempunyai simptom seperti gembira, kurang tidur, kerap bercakap, karakter jadi tidak penyabar dan suka membeli-belah. Pesakit akan mengalami bipolar ini lebih kurang empat hari atau kurang dari seminggu.

Simptom Bipolar

Terdapat dua fasa gejala bagi simptom bipolar yang perlu di beri perhatian iaitu simptom bipolar fasa mania dan bipolar fasa kemurungan.

Foto – Port St Lucie Hospital

Bipolar Fasa Mania

  •  Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Terlebih aktif
  • Kurang tidur dengan ketara
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan
  • Bercakap dengan laju dan sering bertukar-tukar topik apabila bercakap dan tidak menghabiskan topik yang sebelumnya.
  • Idea terlampau banyak
  • Tidak dapat fokus
  • Suka melakukan aktiviti yang banyak dan berlebihan sehingga mencederakan diri
  • Suka berbelanja tanpa melihat jumlah yang telah dibelanjakan
  • Bersikap agresif
Foto – somoynews.tv

Bipolar Fasa Murung

  • Berasa sedih dan tiada harapan
  • Hilang minat dalam perkara yang di minati sebelum ini
  • Susah tidur
  • Nampak tidak bertenaga
  • Berasa bersalah dan kurang keyakinan diri
  • Sentiasa berfikiran negatif
  • Berasa hidup tidak bermakna

Mitos & Fakta Tentang Penyakit Bipolar

Foto – Healthline

Mitos 1: Penyakit bipolar merupakan penyakit yang jarang berlaku

Fakta: Seramai 2 juta orang dewasa di United States telah mengalami penyakit bipolar ini. Jumlah ini baru di Amerika Syarikat dan belum termasuk lagi statistik di negara-negara lain. Jadi penyakit bipolar ini bukanlah penyakit yang jarang berlaku.

Foto – Psych Central

Mitos 2: Penyakit bipolar sekadar mood swings!

Fakta: Untuk makluman semua, pesakit yang memiliki penyakit bipolar ini berbeza dengan perubahan mood swing yang sering di alami oleh semua orang. Individu yang memiliki penyakit bipolar mengalami perubahan yang melampau atau ekstrem dari segi tenaga, aktiviti dan waktu tidur.

Foto – ellahoy.es

Mitos 3: Penyakit bipolar boleh di rawat menerusi amalan diet dan senaman

Fakta: Penyakit bipolar adalah penyakit yang di alami seumur hidup dan buat masa sekarang tiada rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit ini. Walaubagaimanapun, penyakit tersebut boleh di pantau dan di kawal menerusi kaedah terapi, elak perkara yang boleh membawa tekanan dan kekalkan waktu tidur, makan serta senama dalalm jadual yang selari.

Foto – Centre for Dentistry

Mitos 4: Simptom mania adalah produktif dan membuatkan mood berasa gembira

Fakta: Individu yang mengalami fasa mania akan berasa gembira pada awalnya tetapi tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kesihatan mental pesakit menjadi lebih serius. Individu mania akan cepat hilang kawalan emosi, tindakan diri dan kewarasan akal.

IKLAN
Foto – Gavin Willis Creative Marketing

Mitos 5: Artis yang mengalami penyakit bipolar akan kehilangan kreativiti jika mereka dapatkan rawatan

Fakta: Rawatan yang di terima oleh pesakit akan membuatkan mereka dapat berfikir dengan jelas di mana ia akan meningkatkan hasil kerja yang bermutu. Perkara ini mula di kenalpasti apabila penulis Pulitzer Prize-nominated iaitu Marya Hornbacher di diagnos dengan penyakit bipolar dan beniat untuk berhenti menulis buku.

Tetapi apabila menjalani rawatan, dirinya kini telah menghasilkan buku yang ketujuh dengan lebih tiga ribu muka surat dalam tempoh yang singkat! Apabila menjalani rawatan Marya menjadi lebih fokus dan kreativiti berjalan seperti biasa.

Foto – The London Psychiatry Centre

Mitos 6: Individu yang mengalami penyakit bipolar selalunya akan mengalami fasa mania atau kemurungan

Fakta: Individu yang mempunyai penyakit bipolar ini boleh mengalami mood yang seimbang yang di kenali sebagai euthymia untuk jangka masa yang panjang. Kadang kala mereka juga akan mengalami pengalaman “mixed episode” di mana, pesakit mengalami kedua-dua keadaan iaitu mania dan kemurungan dalam masa yang sama.

Foto – Personnel Today

Mitos 7: Semua ubat-ubatan untuk penyakit bipolar adalah sama

Fakta: Kajian perlu dilakukan bagi mencari ubat-ubatan yang berkesan untuk pesakit bipolar ini. Seperti contoh ubat mood stabilizer atau antipsychotic mungkin berkesan terhadap sesetengah pesakit bipolar manakala selebihnya tidak. Jadi kajian secara berterus perlu dibuat dalam mencari ubat-ubatan yang boleh membantu pesakit.

Foto – medipeople.com.au

Jika kamu merasakan diri mempunyai simptom-simptom seperti di atas, kamu di sarankan untuk melakukan ujian di hospital atau klinik bagi mengetahui tahap kesihatan mental dan dapatkan nasihat serta khidmat rawatan yang sesuai.

Kesihatan mental amat penting dan perlu di jaga agar dapat menjalani kehidupan yang sihat bersama orang yang tersayang.

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6,