Teknologi

Kamera Nikon Z 50 Mirrorless Direka Khas Untuk Pengguna Media Sosial!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kamera Nikon Z 50 Mirrorless Direka Khas Untuk Pengguna Media Sosial!

Nikon kembali lagi dengan rekaan kamera yang berteknologi tinggi bersama fungsi yang lebih hebat dari kamera yang di hasilkan sebelum ini.  Nikon memperkenalkan kamera generasi Z siri terbaru yang lebih canggih dengan visual yang lebih cantik dan mudah di muat naik secara dalam talian untuk perkongsian segera!

IKLAN

Kamera Nikon Z 50 ini di reka khas untuk menangkap visual kreatif pengguna dengan sentuhan fungsi berteknologi dan artistik. Bukan itu saja, pengguna juga dapat meluahkan kreativiti diri pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi akaun sosial media masing-masing.

Bagi yang gemar berkarya menggunakan kamera, fungsi yang terdapat pada kamera Nikon Z 50 ini pastinya akan memberi pengalaman dan inspirasi yang lebih hebat dari kamera yang lain.

Foto – Nikon

Kamera Berkualiti Dan Ergonomik

Foto – Nikon

Kamera Nikon Z 50 di bina dengan kualiti yang sangat tinggi, malah ia juga memiliki daya ketahanan yang kukuh dan ergonomik daripada kamera Nikon siri Z 7 dan Z 6 yang lama. Tambahan lagi, kamera Z 50 ini sangat ringan dan tahan lasak dengan pelbagai pilihan bagi menghasilkan video dan juga imej.

Kamera Z50 ini menjadikan ia sebuah kamera yang ideal bagi pengguna untuk mengabadikan saat-saat berharga dengan sentuhan yang artistik.

Lebih Terang Dan Jelas

Foto – Nikon

Nikon Z 50 ini memiliki fungsi pengesan CMOS dan enjin pemprosesan imej dengan 20.88 megapixel yang menjadikan gambar yang di tangkap memiliki warna yang terang, gambar lebih jelas dan fokus. Selain itu, kamera ini juga menggunakan sistem hybrid autofocus (AF) yang sama seperti kamera Nikon Z 7 dan Nikon Z 6.

Menerusi pakej EXPEED 6 enjin pemprosesan imej yang di masukan ke dalam kamera Nikon Z 50, ia akan mengurangkan bunyi bising secara berkesan sambil mengekalkan resolusi gambar.

Kongsi Pengalaman Di Media Sosial!

Foto – Nikon

Zaman berteknologi tinggi seperti sekarang membuatkan pengguna gemar berkongsi apa sahaja di ruangan sosial media masing-masing, justeru itu Nikon kini membawa pengguna ke tahap yang lebih tinggi dengan fungsi kamera Nikon Z 50 dengan built-in Bluetooth dan Wi-Fi untuk SnapBridge 2.6.

Foto – Nikon

Di mana fungsi ini membenarkan pengguna berkongsi gambar yang di ambil ke akaun sosial media milik pengguna. Bukan sahaja gambar malah video juga boleh di hantar secara terus ke akaun sosial media sambil memasukan maklumat seperti lokasi, tarikh, maklumat kredit, mencari gambar dari telefon pintar, muat naik gambar secara automatik ke ruangan imej Nikon dan sebagainya.

IKLAN

Semuanya Dalam Satu Motion

Foto – Nikon

Hasilkan kisah yang menarik dengan fungsi fotografi dan video dengan pelbagai fungsi pilihan untuk menghasilkan filem seperti pixel penuh untuk 4K UHD, Full HD 120p bersama audio dan slow-motion. Pengguna juga boleh menghasilkan sentuhan yang artistik di bahagian Creative Picture Control dan rekod hasil kerja dengan menggunakan kesan artistik yang terdapat di dalam kamera.

Foto – Nikon

Selain itu, kamera Nikon Z 50 ini juga memiliki pergerakan yang dinamik seperti pergerakan kiri dan kanan serta kesan zoom apabila menghasilkan video time-lapse dalam saiz yang kecil.

Kawal Kamera Dengan Lancar

Foto – Nikon

Bagi yang ingin menghasilkan gambar swafoto, gamabr berkumpulan ataupun video, Kamera Nikon Z 50 ini dapat menghasilkan gambar yang anda kehendaki dengan 1040k-dot monitor, pandangan atas dan bawah sebanyak 3.2 inci akan memudahkan operasi kerja sambil menggunakan kawalan menerusi alat pintar.

Foto – Nikon

Jika anda ingin menangkap gambar-gambar untuk majlis-majlis istimewa, pengguna boleh menggunakan Nikon DX-format di mana ia berfungsi melicinkan proses fotografi dan videografi yang anda lakukan.

Jika anda sedang mencari kamera yang sesuai untuk menghasilkan projek kerja mahupun menggunakannya untuk kegunaan peribadi, Nikon Z 50 terbaru ini akan memberi kepuasan serta pengalaman menangkap gambar yang artistik yang berbaloi untuk di miliki.

Layari laman web NIKON untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera Nikon Z 50 dan produk-produk Nikon yang lain.