Keikeu ‘syurga’ manisan baru yang wajib anda kunjungi!
Keikeu iaitu ‘kek’ atau lebih tepat lagi ‘sepotong kek’ dalam bahasa Korea menawarkan pilihan lebih 45 jenis sajian pencuci mulut tempatan dan Korea.
Keikue, yang merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
Variasi Pencuci Mulut Keikeu
Memandangkan sajian pencuci mulut dihasilkan sendiri, pelanggan mungkin melihat variasi dari segi saiz atau reka bentuk pada beberapa sajian pencuci mulut kami. Antara sajian popular ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli.
Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti, kami menjualnya antara RM6 – RM7 setiap satu.
Bagaimanapun, untuk menikmati pelbagai jenis sajian pencuci mulut Keikue, ia perlu dibeli dalam bentuk pakej dan tidak dijual secara berasingan.
Pakej sajian pencuci mulut Keikeu termasuk:
- Pek Solo – RM19.90 untuk 5 jenis pencuci mulut
- Pek Sukaria – RM29.90 untuk 8 jenis pencuci mulut
- Pek Parti – RM39.90 untuk 12 jenis pencuci mulut
Keikeu juga melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya – Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Kalau nak rasa manisan Keikeu, datang saja ke cawangan di 1 Utama, My Town Shopping Centre, Aeon Shah Alam, Aeon Maluri, Paradigm Mall dan Keikeu Bakery (Akan Dibuka Di KLIA2).
Untuk maklumat lanjut, semak laman web rasmi [SINI] atau Facebook [SINI].