Berada di majlis gah dan gilang-gemilang di American Music Award 2019, membuatkan ramai selebriti hollywood hadir dengan pelbagai rekaan busana yang unik, cantik dan pelik. Melihat ramai selebriti terkenal dunia seperti Paula Abdul, Taylor Swift, Selena Gomez, Misty Copeland dan ramai lagi selebriti lain yang berdiri di atas karpet mewah bersama penampilan unik masing-masing.
Dengan pelbagai gaya dan fesyen busana yang di tampilkan oleh selebriti terkenal ini, membuatkan pandangan mata yang hadir di acara tersebut tidak berhenti berkedip!
Dalam acara gilang-gemilang sebegini pastinya kategori pakaian paling cantik dan paling buruk atau pelik menjadi perhatian ramai. Ingin tahu selebriti mana yang menampilkan busana paling cantik dan buruk, jom lihat di bawah!
7 Fesyen Selebriti Paling Cantik
Paula Abdul
Paula menggayakan gaun labuh berwarna hitam dengan belahan sebelah kanan dari paras peha sehingga ke hujung kaki, menampilkan kaki Paula yang panjang dan seksi! Tambahan lagi dengan corak sulaman manik yang menjalar menjadikan ia highlight utama gaun hitam yang di pakai oleh Paula.
Misty Copeland
Gaun berwarna putih dengan rekaan kombinasi diantara jaket, korset dan gaun ini menarik perhatian ramai. Di bahagian atas busana di reka seperti jaket, manakala di bahagian perut sehingga ke pinggul menampilkan busana seperti korset putih dan di sambung dengan gaun putih dengan belahan di bahagian tengah. Rekaan yang seksi dan anggun ini di gayakan oleh Misty ini sangat cantik dan menyerlah di karpet merah!
Taylor Swift
Taylor yang kelihatan manis dengan ikatan rambut ponytail sebelah sambil menggayakan gaun berwarna hijau zaitun ini kelihatan berkeyakinan di karpet merah. Rekaan gaun ala jumpsuit dress dengan belahan gaun di sebelah kanan, mempamerkan kaki Taylor yang panjang memakai kasut thigh-high boots berwarna hitam! Bukan biasa-biasa pemilihan fesyen Taylor tahun ini.
Ciara
Ciara hadir di majlis karpet merah dengan busana serba biru yang menawan! Rekaan jaket yang berjalur halus memberikan aura dominan kepada Ciara, dengan padanan seluar boots-cut yang labuh pula mempamerkan kaki Ciara yang kurus dan panjang, wow! Tambahan lagi, aksesori berwarna turquoise yang di pakai Ciara sangat mencuri perhatian ramai tau.
Lizzo
Lizzo tampil di karpet merah dalam dress rona oren paling comel pernah Wanista lihat. Dress off-the-shoulder menyerlahkan penampilan Lizzo di samping tas tangan paling kecil di dunia. Ya, itu yang membuatkan nama Lizzo trending. Katanya tas tangan kecil itu rekaan Valentino dan hanya ada tiga sahaja di dunia.
Alyson Stoner
Alyson menggayakan sut monokrom bersama top metalik yang bersinar! Alyson kelihatan bergaya dengan sut monokrom ini. Memang lain dari yang lain Alyson ni.
Selena Gomez
Selena tampil dengan stail penampilan retro yang anggun, dengan gaun berwarna hijau neon yang menampilkan bentuk tubuh selena yang seksi dan elegan! Dengan potongan rambut pendek yang kemas bersama padanan rantai diamond membuatkan penampilan Selena cukup berseri di majlis karpet merah tersebut!
7 Fesyen Selebriti Paling Pelik
Camila Cabello
Gadis genit yang comel ini tampil di majlis karpet merah sambil mengenakan busana kombinasi diantara korset dan gaun nude kembang berwarna krim lembut.
Kesha
Kesha mengenakan penampilan yang luar biasa pada tahun ini dengan mengenakan rekaan dari Versace dari pakaian, legging sehinggalah ke kasut menampilkan corak one-piece yang sama!
Billie Ellish
Billie sering tampil dengan gaya fesyen yang unik dan pelik, kali ini di atas karpet merah ini Billie menggayakan sut Burberry bersama topi veil yang unik! Malah kasut Billie juga di memiliki corak yang sama seperti sut yang dipakainya. Tak pernah tak pelik si Bellie ni.
Lil Nas X
Satu lagi selebriti yang tampil dengan pilihan fesyen yang luar biasa, Lil Nas X, tampil dengan sut one-piece bersama top dan sarung tangan bercorak seperti belang harimau ini tampil dengan warna hijau neon menyala!
Billy Porter
Billy menggayakan gaun putih bersama kot putih dengan sulaman kuda laut ini menampilkan tema ala aquatik dengan padanan topi yang pelik. Billy ni memang lain dari lain citarasa fesyen dia.
Christina Aguilera
Nah, satu lagi selebriti dengan busana berwarna putih! Christina menggayakan gaun putih labuh bersama tali pinggang besar. Uniknya, rekaan seperti span besar di bahu Christina ini menjadikan gaun tersebut kelihatan pelik.
Tessa Brooks
Gaun pendek yang di pakai oleh Tessa ini tidak begitu menyerlah dan gak suram. Mungkin patut lebihkan sikit bulu-bulu warna ungu tersebut agar nampak lebih elegan seperti gaun tutu.
Yang mana satu fesyen selebriti kegemaran korang. Ada yang tersenarai di atas?