Makanan

Minuman Krismas Edisi Terhad Serius Sedap Hanya Di Coffee Bean!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Minuman Krismas Edisi Terhad Serius Sedap Hanya Di Coffee Bean!

Siapa di sini memilih The Coffee Bean & Tea Leaf berbanding jenama lain?

IKLAN

Baiklah sempena Krismas yang mendatang, The Coffee Bean & Tea Leaf mencetuskan kempen ‘Gifting Grateful’,  di mana sebuah idea usaha amal dalam membantu orang lain yang kurang bernasib baik, dari menjadi seorang sukarelawan kepada kutipan dana; selama bertahun-tahun CB&TL telah menjual Tag Hadiah ‘Caring Cup’ (RM2 setiap satu, RM8 satu set) bagi membantu komuniti yang memerlukan, selain projek tahunan yang menyokong usaha murni.

Minuman Serba Baru Edisi Terhad

Untuk itu, CB&TL menyajikan menu edisi terhad menampilkan gabungan keseronokan baharu bersama dengan kegemaran klasik. Pencinta kopi boleh memilih daripada minuman Ice Blended Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18), juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau, untuk minuman yang lebih kuat lagi menyelerakan, cubalah Peppermint Nitro Latte (RM15.95)!

Foto – Arkib Wanista

Bagi mereka yang lebih suka untuk pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet tersedia dalam Ice Blended (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).

Pilihan Hadiah

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, peminat kini boleh membeli Sampler Gifting Grateful dengan lebih mudah, cara terbaik untuk berkongsi dan menunjukkan rasa penghargaan buat mereka yang tersayang dengan seleksi Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake, semuanya hadir dengan saiz kecil yang senang dimakan, hanya RM99 untuk pek 20 keping!

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Di samping itu, seleksi hadiah yang boleh anda berikan: serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga panggangan berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk Set Hadiah); set Hadiah Espresso (RM88); serbuk edisi terhad (RM40 setin); dan cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta botol tumbler (RM138).

Untuk ini lanjut, boleh rujuk Facebook [SINI], Instagram [SINI] atau laman web [SINI].