Hiburan

Kim Woo Bin Buat Kemunculan Semula Selepas Bertarung Kanser

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kim Woo Bin Buat Kemunculan Semula Selepas Bertarung Kanser

Kim Woo Bin membuat kemunculan di acara Blue Dragon Movie Award yang ke-40. Woo Bin yang berpakaian sut hitam yang elegan menambahkan lagi kekacakan wajah aktor terkenal Korea Selatan ini.

IKLAN

Kim Woo Bin kelihatan sihat di atas pentas anugerah filem sambil memberi ucapan, setelah sekian lama dirinya bertarung dengan penyakit kanser yang dihadapi sejak 2017 lalu, peminat tidak berhenti mendoakan agar aktor tersebut cepat sembuh.

Foto – Allkpop

Dan Woo Bin dengan senyuman dengan wajah yang sihat itu, membuatkan peminat berasa teruja!

Aktor terkenal ini mula diagnos menghidap penyakit kanser nasopharyngeal pada tahun 2017 dan kini Woo Bin tampil berkeyakinan di atas pentas acara sambil mengumumkan kemunculannya di pentas lakonan.

Pastinya ramai peminat tidak sabar dan berasa teruja menanti buah tangan dari aktor kacak ini bukan? Sama-sama kita tunggu projek terbaru dari Woo Bin.

Selamat kembali Woo Bin!

Rujukan

IKLAN