Info Menarik

Genius, Tak Sangka BTS RM Baca Buku Genre Macam Ni

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Genius, Tak Sangka BTS RM Baca Buku Genre Macam Ni

RM daripada kumpulan idol terkenal Korea Selatan BTS ini cukup dikenali ramai, apa saja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian peminat-peminat yang berada di seantero dunia. RM yang kita semua lihat hari ini adalah hasil usaha gigihnya dalam menghasilkan karya-karya yang kreatif dan unik sehingga lagu-lagu yang di cipta terkenal di seluruh dunia.

IKLAN

Tapi pasti ramai yang tertanya-tanya dari mana RM dapat sumber inspirasi sebegitu dan bagaimana dirinya menjadi begitu bijak sehingga membuatkan para peminat berasa kagum terhadap kebolehan diri RM!

Foto – AllKpop

Sebenarnya, RM mendapat sumber inspirasi dalam menghasilkan lagu-lagu adalah menerusi bahan bacaan. RM sebenarnya sangat suka mengisi masa lapang dengan membaca buku. Banyak buku-buku yang di baca oleh RM membentuk personaliti diri RM dan membentuk diri sebenar RM yang kita semua lihat hari ini.

Teladan membaca yang BTS RM lakukan patut dicontohi, bukan saja dengan membaca dapat membuka persepsi minda kita. Malah, pengetahuan diri juga akan semakin bertambah. Nah, ini senarai buku-buku yang BTS RM telah dan sedang baca.

34 Buah Buku Yang Dibaca Oleh RM, Banyaknya!

Foto – Nightwarm Blogspot

Tidak sangka, banyak juga buku yang dibaca oleh RM ni. Rasanya tak ramai artis yang gemar membaca buku tapi RM memang lain dari yang lain. Teladan membaca macam ni perlu dicontohi. Ini merupakan himpunan rangkaian buku-buku penulisan kesusasteraan dan esei yang dibaca oleh RM.

#1 11PM, One Bite Elephant oleh Hwang Kyung Shin

Buku berbentuk penulisan esei ini merangkumi pelbagai penulisan sastera yang ditulis oleh Hwang kyung Shin. Tak sangka RM baca buku bergenre kesusasteraan macam ni ya!

#2 Days At The Small Store Buying Happiness With Coins oleh Lee Me Kyeoung

Buku yang mendokumentasikan tentang ilustrasi kedai-kedai yang dilukis oleh pelukis dan artisan Lee Me Kyeoung ini menjadi pilihan RM. Memang sesuai sangat dengan jiwa RM yang bersifat kreatif dan berseni gitu.

#3 When Breath Becomes Air by Paul Kalanithi

Foto – Amazon

Buku yang di tulis oleh mendiang Paul Kalanithi ini sangat bersifat sentimental yang berkisarkan tentang kehidupan dan kematian. Ianya sebuah hasil penulisan yang cukup menyentuh jiwa dan memberi inspirasi kepada yang membacanya. Tak sangka RM pun layan buku-buku menyentuh jiwa macam ni.

IKLAN

#4 I Want to Die But I Want to Eat Tteokpokki Oleh Baek Se Hee

Foto – Shopee

Buku penulisan esei yang menceritakan individu yang mengalami depresi berubah dan menerima serta mencintai diri sendiri. Buku penulisan Baek Se Hee merupakan buku terlaris di Korea Selatan. Memang popular betul sampai RM pun baca guys.

#5 I’m Glad to Live Like Bonobono Oleh Kim Sin Hoi

Foto – brunch.co.kr

Esei untuk orang clumsy adults yang memilih untuk menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu mengejar sesuatu yang tidak boleh di capai. Gaya penulisan esei yang santai ini menjadi pilihan RM tau. Kalau ada yang nak baca buku ni, korang kena pergi Korea okay. Sebab buku ni dijual di Korea sahaja.

#6 Rangkaian Novel Lokal Dan Antarabangsa

Foto – Bangtan Base

Rupa-rupanya RM juga gemar membaca buku novel tau. Bukan sedikit buku novel yang dibaca oleh RM ni, terlalu banyak sangat dan rata-rata buku novel yang dibaca adalah dari luar negara. Antara buku-buku novel yang RM baca:

  1. Haruki Murakami – Norwegian Wood, Kafka on the Shore, 1Q84, Killing Commendatore
  2. Ryū Murakami – Almost Transparent Blue
  3. Hitomi Kanehara – Snakes and Earrings
  4. Banana Yoshimoto – Kitchen
  5. Jojo Moyes – Me Before You
  6. Han Kang – Human Acts: A Novel
  7. Cho Nam-ju – Kim Ji-young, Born 1982
  8. Douglas Adams – The Hitchhiker’s Guide to the Galaxy
  9. Ted Chiang – Stories of Your Life and Others

#7 Buku Penulisan Sajak Dan Klasik

Foto – Koreaboo

Patutlah lirik lagu yang ditulis oleh RM mempunyai maksud yang mendalam, rupa-rupanya sebab baca buku penulisan puisi dan klasik macam ni. RM mesti minat sastera ni!

  1. Jung Ho Seung – For This Short While, We From Some Star, Dear Daffodils
  2. Ryu Shiva – If I Knew Then What I Know Now, Love As If You’re Never Been Hurt
  3. Ha Sang Wook – Seoul-Si
  4. Albert Camus – The Stranger
  5. Hermann Hesse – Demian
  6. Franz Kafka – The Metamorphosis
  7. George Orwell – 1984
  8. Ralph Waldo Emerson – Nature

#8 Pelbagai Genre Lain

Foto – Soompi

RM juga turut membaca pelbagai genre penulisan yang lain dalam mengisi masa lapangnya. Antara buku-buku yang dibaca oleh RM adalah:

  1. Chae Sa Jang – Broad And Shallow Knowledge for Educated Conversations
  2. Rhyu Si Min – How To Live
  3. Michael J. Sandel – Justice: What’s the Right Thing to Do?
  4. Tony Porter – Breaking Out of the “Man Box”: The Next Generation of Manhood
  5. Andrew Solomon – The Noonday Demon: An Atlas of Depression
  6. Barbel Wardetzki – Don’t Take It Personally
  7. Kim Tae Jin – Art in Literature
  8. Friedrich Nietzshe – Basic Writings of Nietzsche
  9. Nicholas Cook – Music: A Very Short Introduction
  10. Martin Gayford – A Bigger Message: Conversations with David Hockney
  11. Theresa Bäuerlein – Denken wie Einstein
Foto – kpop.asiachan.com

Bukan biasa-biasa judul buku-buku yang dipilih oleh RM ni, patutlah otak bijak sebab sentiasa membaca dan memilih bahan bacaan yang sangat informatif macam ni. Teladan membaca yang diamalkan oleh RM ini patut dicontohi agar membentuk budaya membaca yang berilmu tinggi!

Korang yang duduk dekat rumah tu bolehlah cuba cari dan baca buku-buku yang RM dah baca ni. Habiskan masa cuti korang dengan membaca buku. Siapa nak jadi macam RM?

Rujukan