Hiburan

Dah Berambut Panjang, Lain Betul Lee Dong Wook Sekarang

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dah Berambut Panjang, Lain Betul Lee Dong Wook Sekarang

Agaknya rambut panjang memang tengah ‘in’. Lihatlah aktor Lee Dong Wook mengejutkan netizen dengan transformasi drastik berambut panjang.

IKLAN

Dinamakan sebagai “Men Of The Year” oleh majalah GQ Korea bersama Winner Mino, Nu’est Minhyun dan Oh Hyun, Lee Dong Wook berani mencuba fesyen baru yang luar biasa penangannya.

Foto – GQ Korea

Aktor 38 tahun itu mengambil cabaran dengan gambar bertemakan Mickey Mouse yang unik dan gaya rambut lebih panjang, dan ternyata dia senang melakukannya.

“Ia memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan sesuatu yang lain. Sambungan rambut panjang dimasukkan ke dalam rambut, dan inilah kali pertama saya lakukan, siapa sangka saya suka hasilnya, ” jelas Lee Dong Wook gembira.

Foto – GQ Korea

Ingatkan penulis sahaja yang terpesona dengan transformasi rambut panjang Lee Dong Wook, tetapi netizen tidak kurang juga sakan memuji di media sosial.

“He is my ideal man. I also love the hair on him. He is so amazing. I will happily watch and support him”.

“He looks like a korean jesus.”

“His hair looks perfectly nice and clean.”

“Really? I love it, it’s so different, not the usual hairstyle for a korean actor.”

“Lee Dong Wook looks so good with his long hair.”

“Imagine me going crazy about Lee Dong Wook’s hair… oh wait I am.”

“Love Lee Dong Wook hair! He looks like a teenager.”

Foto – GQ Korea

Tersenyum penulis bila membaca komen netizen. Tapi bukan semua orang boleh menggayakan rambut panjang seperti Lee Dong Wook, melainkan mempunyai bentuk muka yang runcing, berfizikal kurus dan sedap mata memandang.

Jangan marah ye..

RUJUKAN