Sempena kedatangan musim sejuk pada 2019 ini, LeSportsac berkolaborasi bersama Barbie dengan rangkaian koleksi moden dan vintage yang berinspirasikan ilustrasi pencetakan. Kolaborasi hebat ini menyempurnakan sambutan ulang tahun LeSportsac yang ke-45 dan seiringan dengan sambutan ulang tahun Barbie yang ke-60 tahun!
Rangkaian koleksi beg yang dihasilkan oleh kolaborasi diantara LeSportsac dan Barbie ini mengeluarkan rekaan seperti Since 1959, Barbie Life dan All Dolled Up.
Since 1959
Memfokuskan tentang sambutan ulang tahun Barbie yang bertapak selama 60 tahun dengan mempamerkan rekaan corak berwarna hitam berkilat bersama bayang Barbie. Rekaan ini menunjukan jenama Barbie ini telah lama bertapak dan berada di dalam pasaran dunia.
Barbie Life
Rekaan corak Barbie Life ini menggunakan warna merah jambu sebagai warna latar belakang, dengan mempamerkan bentuk corak aksesori Barbie yang klasik.
All Dolled Up
Bagi reka bentuk corak untuk All Dolled Up ini mempamerkan showcases Barbie dengan rangkaian ikonik yang berbeza dengan stail vintage beserta set warna krim sebagai latar belakang setiap rekaan.
Ketiga-tiga corak dan reka bentuk yang dihasilkan ini memberi perhatian terhadap asal usul Barbie yang fun dan sophisticated! Tambahan pula dengan rekaan dan corak grafik yang cerah dan terang seperti Original Barbie, Making Waves, Day to Night dan All American yang menjadi kegemaran ramai!
Jangan ketinggalan untuk dapatkan koleksi rangkaian Barbie x LeSportsac pada bulan Disember 2019 ini nanti di seluruh stor LeSportsac fizikal dan dalam talian.