Perkahwinan

Awas, Iblis Dasim Punca Rumah Tangga Suami Isteri Berantakan!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Awas, Iblis Dasim Punca Rumah Tangga Suami Isteri Berantakan!

Kehidupan di alam rumah tangga mempunyai pasang surutnya yang tersendiri, itu tidak dapat dinafikan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri betul tak? Bayangkan jika secara tiba-tiba perasaan sayang dan cinta yang dimiliki bertukar menjadi benci, kerap berburuk sangka, rasa meluat kepada pasangan, isu yang kecil diperbesar-besarkan sehingga menyebabkan pergaduhan yang besar.

IKLAN

Tetapi apabila kamu dan pasanga berjauhan, hati mula kamu rasa rindu dan sayang. Dan apabila bersua muka pasti ada sahaja yang tidak kena di depan mata!

Foto – The Asian Parent Malaysia

Jika situasi tersebut sering berlaku ke atas kamu dan pasangan kamu, ini bermakna kamu dan pasangan berada di bawah pengaruh jin atau syaitan penghasut yang di kenali sebagai Dasim.

Jika kamu dan pasangan berasa serba tidak kena seperti bergaduh disebabkan hal yang tidak munasabah, saling berprasangka buruk sehingga timbul perasaan benci. Nah, situasi tegang yang kamu alami adalah angkara iblis penghasut rumah tangga ini iaitu Dasim.

Kenali Iblis Dasim, Pemusnah Rumah Tangga!

Foto – islamudina.com

Dasim, merupakan iblis yang sangat benci melihat kebahagian dan kasih sayang di antara suami dan isteri. Mahkluk ini bertugas untuk menghasut, menyemarakkan api rumah tangga dan menyemai kebencian di dalam diri pasangan suami isteri sehingga rumah tangga mereka berantakan!

Begitu dahsyatnya kuasa iblis Dasim ini, tambahan lagi Dasim ini sangat gemar menghasut wanita yang di dalam keadaan dalam datang bulan, wanita yang sedang mengandung atau wanita yang sedang berpantang kerana wanita-wanita yang berada di dalam situasi tersebut memiliki keadaan emosi yang mudah terganggu dan mudah terusik.

Petanda Rumah Tangga Di Ganggu Iblis Dasim

Foto – sahabatkamu.com
  1. Dasim tidak suka melihat hubungan suami isteri aman dan bahagia, oleh itu ia akan berusaha menyebarkan emosi-emosi yang negatif menjadikan diri dan pasangan mudah marah dan bermusuhan sesama pasangan.
  2. Dasim akan cuba mengapi-apikan hubungan suami isteri sehingga bermusuh-musuhan dan membuatkan suami isteri tidak lagi sefahaman tanpa sebab.
  3. Iblis Dasim akan menghasut pasangan suami isteri saling terasa hati, mula berperang mulut sehingga mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir dengan waras.
  4. Iblis Dasim suka menghasut wanita yang datang bulan, wanita yang sedang mengandung dan wanita yang sedang berpantang kerana faktor emosi wanita pada ketika itu mudah terganggu.
  5. Iblis Dasim akan menghasut pasangan suami isteri untuk saling membenci sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk puaskan hati amarah dan menyebabkan rumah tangga menjadi hambar dan hancur.
  6. Tercetusnya perbuatan maksiat di dalam rumah tangga seperti suka menonton video pornografi tanpa rasa segan.
  7. Malah perkara wajib iaitu solat menjadi sukar dan liat untuk dilakukan. Dan apabila menunaikan solat fardhu, solat tersebut menjadi tidak khusyuk seperti terlupa rakaan solat secara berulang-ulang.

Tangani Hasutan Iblis Dasim Dengan Cara Ini

Foto – tuturma.ma
  1. Apabila kamu dan pasangan sedang marah, cubalah untuk mengucap dan beristifar banyak-banyak. Tarik nafas dan cari tempat yang boleh menenangkan jiwa. Api amarah dapat diredakan dengan air, oleh itu berwudhulah dan segera menunaikan solat sunat dua rakaat.
  2. Bila berlaku salah faham diantara kamu dan pasangan, segeralah meminta maaf kepada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Menerusi permohonan maaf tersebut akan dapat menghilangkan perasaan prasangka dalam diri pasangan.
  3. Cuba amalkan solat berjemaah bersama-sama setiap hari.
  4. Jika di rumah kamu terdapat bilik kosong, jangan biarkan bilik tersebut tidak berguna. Contoh, jika di rumah kamu terdapat bilik untuk tetamu dan bilik tersebut telah lama tidak digunakan, maka akan ada iblis yang menumpang dalam selimut di atas katil tersebut. Sebab itu Rasullah berpesan “ketuk dan libas” selimut dan bantal sebelum naik ke atas katil.
  5. Biarkan pintu bilik yang kosong di buka dan pasang azan, zikir atau suara mengaji Al-Quran di dalam rumah sehingga boleh di dengari di dalam bilik kosong tersebut.
  6. Pastikan kamu memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah, walaupun tiada orang di dalam rumah pada ketika kamu masuk ke dalam rumah. Ini kerana rumah yang tidak diberi salam akan memudahkan iblis Dasim melakukan kerja serta hasutannya.
  7. Apabila memasuki rumah, ucapakan salam dan doa ini ketika masuk Assalaamu’alaina wa’ala ‘ibaadillaahish shoolihin. yang bermaksud Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh.
  8. Kerap membaca surah yassin di dalam rumah, baca setiap malam jumaat dan mahu lagi baik baca Al-Quran. Jika kamu ataupun pasangan tidak mempunyai masa untuk mengaji di rumah, galakan anak-anak untuk mengaji di rumah atau pasang ayat-ayat Al-Quran menerusi radio, CD, televisyen, MP3 dan mana-mana medium lain yang boleh berkumandangkan laungan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam rumah kita.
Foto – webmuslimah.com

Sedari awal lagi iblis akan menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S dan kita kini merupakan umat di akhir zaman yang pastinya semakin banyak hasutan dan perbuatan maksiat berlaku secara berleluasa.

Namun, apa yang mampu menangkis segala hasutan dan godaan tersebut adalah kembali ke pangkal jalan bertaubat kepada Allah S.W.T dan memohon perlindungan dari yang Maha Kuasa agar terhindar dari segala anasir-anasir iblis laknatullah ini.

Foto – kalemzade.net

Semoga rumah tangga kita semua dijauhi daripada godaan hasutan syaitan, jin dan iblis. Dan semoga Allah S.W.T memimpin hubungan rumah tangga kita sehingga ke jannah-NYA, amin!

IKLAN

 

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5