Info Menarik

Siapa Pete Davidson, Lelaki Muka Biasa Tapi Semua Teman Wanita Cantik Dan Hot

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Siapa Pete Davidson, Lelaki Muka Biasa Tapi Semua Teman Wanita Cantik Dan Hot

Anda pasti biasa melihat lelaki tinggi lampai di ruang media sosial.

IKLAN

Dia bukan lelaki sembarangan, bahkan luar biasa penangan sehingga hanya wanita hot dan cantik sahaja boleh mendampinginya. Tapi apa yang hebat sangat pasal lelaki ini?

Tunang Ariana Grande

Nama Pete Davidson mula mekar apabila dikaitkan dengan penyanyi genit Ariana Grande. Khabarnya, mereka mula berkenalan selepas Ariana menamatkan episod percintaan dengan pemuzik Mac Miller pada April 2018. Davidson selepas itu mengesahkan bahawa dia dan Ariana mengikat tali pertunangan dan akan berkahwin.

Foto – National Post

Namun, pada 14 Oktober 2018, dilaporkan mereka berdua menamatkan ikatan dan berpisah secara baik. Nama “Pete Davidson” muncul dalam lagu “Thank U, Next”, dengan liriknya, “even almost got married, And for Pete I’m so thankful.” 

Ahli SNL

Pada yang tidak tahu, lelaki 26 tahun ini merupakan ahli Saturday Night Live (SNL). SNL merupakan rancangan komedi dan persembahan sketsa lewat malam secara langsung di Amerika. Setiap episod dihoskan oleh tetamu selebriti (yang biasanya menyampaikan monolog pembukaan dan membuat persembahan dalam lakaran dengan pelakon) dan menampilkan persembahan oleh tetamu muzik.

Foto – Vanity Fair

Main Cinta Dengan Aktres Jelita Kate Beckinsale

Selepas melalui episod duka, Pete Davidson kembali ke arena seperti biasa. Pada bulan Januari 2019, pelawak itu dilihat bermain cinta dengan aktres jelita Kate Beckinsale. Menjelang bulan Februari, kedua-duanya dilihat semakin rapat dengan menghabiskan masa bersama, mula menunjukkan adegan PDA kepada khalayak ramai, peminat mengandaikan bahawa mereka berdua semakin serius.

Foto – Instyle

Walaupun Kate Beckinsale berusia dua dekad lebih tua dari Pete, tetapi jurang usia langsung tidak mengganggu pasangan itu. Bahkan Pete menerusi satu episod SNL menolak double standard ‘lelaki muda bercinta dengan wanita tua, lelaki tua memilih gadis muda’. Sayangnya, hubungan retak pada bulan Mei, di mana Kate Beckinsale yang memutuskan kerana dia tidak mahu sebarang ikatan serius antara mereka.

Dating Aktres Margaret Qualley

Pada bulan Ogos, Pete Davidson dilaporkan sedang berkenalan dengan aktres Margaret Qualley. Katanya mereka berdua bertemu dan bermesraan secara senyap tanpa sebarang spotlight. Media mendakwa Pete dan Margaret merancang untuk merasmikan percintaan secara umum dengan berjalan bersama di Festival Filem Venice. Tidak diketahui punca perpisahan, Pete mengambil pendekatan mendiamkan diri dan jauh daripada spotlight sejak melalui episod duka kecundang dalam percintaan.

Foto – Ny Daily News

Model Kaia Gerber Kekasih Hati Sekarang

Nampaknya, Pete memang langsung tak boleh single. Katanya dia sekarang sedang mengayat anak supermodel Cindy Crawford, Kaia Gerber. Hal ini selepas Pete dilihat meninggalkan apartment Kai pada Oktober lalu.

IKLAN

“Mereka sudah lama berkawan, tetapi mula serius sejak kebelakangan ini. Pete dan Kaia mula melepak secara bersendirian lebih kerap selepas bertemu di NYC pada bulan Oktober. Mereka kerap menghubungi satu sama lain, mostly menerusi mesej. Kaia dan Pete menghabiskan masa di Malibu bersama-sama baru-baru ini, dan kemudian terbang ke NYC kerana komitmen kerja Pete di mana Kaia datang memberi sokongan, ” menurut kenalan rapat pasangan itu.

Foto – E! News

Tidak jelas bagaimana Pete dan Kaia bertemu, tetapi Pete debut di pertunjukan fesyen Alexander Wang pada bulan Jun lalu, kebetulan Kaia juga berada di sana.

Rahsia Pada “Batang”

Okay, Pete bertunang dengan Ariana Grande, dating aktres hot Kate Beckinsale, berkenalan dengan aktres cantik Margaret Qualley dan sekarang sedang serius dengan model Kaia Gerber. Hebatkan dia? 

Sejak Ariana Grande memberi komen tentang saiz kemaluan Pete Davidson yang dikatakan besar dan puas, rata-rata netizen berpendapat itulah RAHSIA Pete yang menyebabkan ramai wanita melekat dengannya.

Pete yang sebelum ini terkesan dengan gurauan Ariana mengakui tidak faham kenapa penyanyi genit itu sanggup memberitahu umum yang dia mempunyai saiz kemaluan yang besar sedangkan ia sangat privasi dan memalukan sahaja.

Foto – Health

Hurmmm tidak kisahlah besar atau tidak, tapi lebih baik kita tak bercakap pasal peribadi seseorang kepada umum. Sabar je la Pete.

RUJUKAN : 1234