Cinta & Perhubungan

Bercuti Bersama BFF, Buat Diri Kamu Lebih Gembira – Fakta Sains!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Bercuti Bersama BFF, Buat Diri Kamu Lebih Gembira – Fakta Sains!

Tidak kira dalam apa jua situasi yang kamu hadapi, pasti perkara utama yang kamu lakukan adalah berkongsi perihal tersebut kepada sahabat baik kamu. Dengan berkongsi segala duka dan gembira bersama sahabat baik membuatkan diri kamu punya tempat untuk berkongsi keluh kesah diri.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah apa sahaja aktiviti yang kamu lakukan, sama ada pergi bercuti, membeli-belah, dan bergosip sekalipun pasti kamu akan mengajak sahabat baik kamu. Bercuti bersama sahabat baik pastinya akan menjadikan waktu percutian lebih menyeronokan dan menggembirakan diri kamu serta sahabat baik kamu!

Foto – Elite Daily

Tahu tak menurut pakar psikologi, doktor William Chopik menyatakan bahawa terdapat bukti kukuh membuktikan percutian bersama rakan baik membuatkan diri menjadi lebih gembira. Ini bukti kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik!

Meningkatkan Kebahagian Dan Memberi Impak Positif Terhadap Kesihatan Diri

Foto – Pinterest

Menurut penyelidikan yang telah dijalankan, bercuti bersama sahabat baik dapat memberi rasa gembira dan bahagia kepada diri kamu. Malah menerusi hubungan persahabatan yang sangat rapat itu, ia akan memberikan impak positif terhadap kesihatan diri kamu sendiri.

Dalam Hubungan Persahabatan Tiada Tekanan

Image result for BFF giphy

Jika di lihat hubungan diri kita terhadap ahli keluarga, adik-beradik, saudara-mara, guru-guru, rakan sekerja ataupun pasangan kita sendiri. Hubungan-hubungan sedemikian mempunyai rasa tekanan yang tersendiri, tetapi apabila kita bersama dengan sahabat baik kita sendiri, rasa tekanan dalam perhubungan seolah-olah tidak wijud.

Persahabatan Merupakan Hubungan Yang Penting Untuk Kebahagian Diri

Foto – Huff Post

Doktor William Chopik menyatakan hubungan persahabatan yang terjalin diantara diri kamu dan rakan kamu adalah kerana pilihan kamu sendiri. Hubungan persahabatan ini yang terjalin kerana kamu berasa senang, gembira dan selesa berkawan bersama sahabat baik kamu sendiri.

Oleh itu, rasa bahagian akan mula lahir di dalam diri dan bercambah dari hari ke sehari. Persahabatan yang baik akan membuatkan diri kamu lebih bahagia.

Menghabiskan Masa Bersama Membina Hubungan Emosi Yang Kuat

Foto – Pinterest

Apabila bercuti atau melancong bersama sahabat baik kamu, kamu dapat temu empat mata bersama sahabat baik kamu sendiri dan sekaligus dapat membina hubungan emosi serta mengukuhkan hubungan persahabatan diantara diri kamu dan sahabat kamu sendiri.

IKLAN

Jadi bercuti bersama sahabat baik merupakan satu kaedah untuk menguatkan hubungan persahabatan yang sedia ada terjalin.

Jangka Hayat Lebih Panjang Dengan Hubungan Persahabatan

Foto – iStock

Menurut Harvard University, hubungan sosial sebegini bukan hanya memberi rasa keseronokan, kegembiraan dan kebahagiaan. Malah hubungan persabahatan yang terjalin juga akan membuatkan jangka hayat diri menjadi lebih panjang. Hebat bukan?

Kamu Akan Jadi Lebih Bermotivasi

Foto – Pinterest

Apabila bercuti bersama sahabat baik, rasanya tidak sah jika kamu tiada sesi luahan perasaan. Segala masalah yang dihadapi pasti kamu kongsikan kepada sahabat baik kamu dan berharap dapat mendengar nasihat ataupun jalan penyelesaian terhadap masalah yang kamu hadapi. 

Dan dari sesi luahan perasaan tersebut secara tidak langsung menjadikan kamu seorang individu yang bermotivasi, menerusi segala teguran dan nasihat yang diberikan oleh sahabat baik kamu, kamu menjadi lebih bermotivasi untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan memperbaiki kelemahan diri.

Jadi lepas ini, cuba rancang percutian bersama sahabat baik kamu. Meski tak dapat berjumpa setiap hari, cukup dapat keluar bercuti setahun sekali, kan seronok! Setelah lama tidak berjumpa pasti terlalu banyak cerita yang hendak di kongsikan bersama bukan? Tambahan lagi, dah nak akhir tahun ni jadi apa salahnya luangkan masa dan pergi melancong bersama bff!

 

Rujukan: 1, 2